Monday, January 20, 2014

Takwim Sekolah 2014 - Januari dan Februari



Pemantauan Jemaah Nazir dan Kualiti SBT dan New Deals 2014

Pemantauan jemaah nazir dan kualiti akan bermula pada 23 Januari 2014 hingga 21 Februari 2014.Pemantauan SBT adalah untuk mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang kelemahan yang boleh diperbaiki oleh sekolah-sekolah berprestasi tinggi. Sementara pemantauan New Deals adalah untuk memberi anugerah tawaran baru kepada pengetua dan guru besar yang cemerlang dan berjaya mencapai KPI yang ditetapkan.

Apa itu SBT?
SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat. 

Apa itu New Deals?
Tawaran Baru merupakan suatu inisiatif di bawah NKRA pendidikan , bagi memberi ganjaran kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan kepada Prestasi Pencapaian (Performance Based Assessment). Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang melebihi sasaran yang ditetapkan akan diberikan imbuhan yang menarik. Bagi Pengetua dan Guru Besar yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, mereka dikehendaki mengikuti Program Pembangunan Prestasi yang releven dengan keperluan masing-masing yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Aminuddin Baki.

Tarikh Ujian dan Peperiksaan 2014



Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2014

  Guru-Guru bersama-sama murid sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

 Pengacara Majlis Ustaz Zamzuri Daud mengetua bacaan selawat

 Ustaz Mohd Sabri sedang menyampaikan ceramah berkaitan Sirah Rasulullah

 Murid-murid tekun mendengar ceramah

 Suasana majlis hasil 'shooting' menarik Cikgu Azrin menggunakan Nixon D7000

 Cikgu Sukri begitu khusyuk menghayati doa yang dibaca oleh Ustaz Aswad

 Al-Fadhil Ustaz Aswad Ahmad sedang membaca doa

 Bacaan Yaasin bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul

 Barisan guru yang khusyuk membaca Yaasin
 Suasana majlis hasil 'shooting' menarik Cikgu Azrin menggunakan Nixon D7000

 Celoteh guru-guru perempuan SK Bertam Indah setelah selesai membaca Yaasin

 Ustazah Sharifah dan Ustazah Hasnah begitu ceria dengan baju yang cantik

 'Shooting' blogmaster menggunakan Camera Galaxy Note


Wednesday, January 8, 2014

Program JOM BALIK ke sekolah

Program JOM BALIK ke sekolah telah berlangsung pada 27 Disember 2013
Pelbagai aktiviti diadakan iatu:
- Taklimat kepada semua waris SK Bertam Indah
- Oreintasi Tahun 1 2014
- Orentasi Pra Sekolah 2014
- Jualan barang-barang keperluan sekolah
- Gotong royong membersihkan kelas


 Murid Pra-sekolah Berlian bersama guru pra-sekolah mereka

Antara muka-muka murid pra-sekolah 2014


 Waris pra-sekolah sedang mendengar taklimat

Mesyuarat permuafakatan PIBG untuk memilih barisan AJK

Tuesday, November 19, 2013

Lawatan Penanda Aras Ke Sembawang Primary School,Singapore

 Persembahan murid-murid Sembawang Primary School, Singapore
 Murid-murid SK Bertam Indah bergambar di Sustainable Singapore Centre

Kenangan di Universal Studio,Singapore

Thursday, October 31, 2013

D-CODE CAMP 2013


Tanjung Bungah, Pulau Pinang : 24 Oktober 2013

Pada 19-23 Oktober 2013 telah berlangsung D-Code Camp anjuran Startup Malaysia yang melibatkan 12 buah sekolah Zon Utara yang meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Program  D-Code Camp adalah untuk mendedahkan murid-murid sekolah rendah kaedah untuk membina laman web menggunakan coding. Antara perisian coding yang telah dipelajari ialah html, jquery, ruby, css dan javascript.
Pendedahan sebegini akan menjadikan murid-murid yang terlibat berfikir secara "out of box".

SK Bertam Indah telah menghantar 5 orang murid untuk menyertai kem ini terdiri daripada Amirul Hakim, Muhammad Akram, Muhammad Fikrey, Muhammad Isyraf dan Tengku Mukhriz. Pertandingan telah dijalankan oleh pihak penganjur untuk memilih 3 laman web terbaik yang akan mewakili Zon Utara untuk ke peringkat Kebangsaan. Muhammad Akram telah terpilih untuk mendapat tempat kedua dalam pertandingan yang diadakan itu. Syabas diucapkan kepada Adik Muhammad Akram kerana mampu menghasilkan laman web yang terbaik walaupun kali pertama didedahkan tentang kaedah coding ini.

Tengku Mukriz dan Muhammad Akram sedang membuat coding

Suasana di Flamingo Hotel, Tanjung Bunga, Penang

SK Bertam Indah antara sekolah Band 1 yang terpilih mewakili negeri Pulau Pinang untuk kem kali ini

Murid SK Bertam Indah bersama Blogmaster SK Bertam Indah

Muhammad Akram sedang menerima hadiah Best Personal Website (2nd runner up)

Barisan murid SK bertam Indah bergambar dengan Penyelaras Program, 
Ketua Sektor ICT JPN Kedah dan Blogmaster

Thursday, October 24, 2013

Ceriathon SK Bertam Indah 2013



PROGRAM CERIATHON SK BERTAM INDAH 2013


TARIKH : 26 OKTOBER 2013
HARI : SABTU
TEMPAT : PERSEKITARAN SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM INDAH
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG



ACARA-ACARA YANG BERLANGSUNG
1. JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN
2. PAMERAN
3. INDOOR GAMES
4. TAYANGAN FILEM DAN INTERNET
5. JUALAN CENDERAHATI
DAN MACAM-MACAM LAGI....

DIJEMPUT SEMUA WARGA BERTAM UNTUK HADIR BERAMAI-RAMAI.....
KUPON BOLEH DIPEROLEHI PADA HARI TERSEBUT



SEBARANG PERTANYAAN SILA CONTACT 0194341514

Monday, September 23, 2013

APA ITU SARANA IBUBAPA
(Klik untuk maklumat tambahan)

Malaysia berhasrat untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat - membantu murid berjaya.

Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat dinafikan. Kajian menunjukkan apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah mendapat manfaat berikut:
·         Keyakinan guru meningkat
·         Pencapaian murid meningkat
·         Ibu bapa merasa mereka sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah
·         Kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan
·         Hubungan lebih baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa
(Olsen & Fuller, 2008)

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak mereka perlu ditingkatkan. Sekolah merupakan penggerak utama dalam usaha ini. Bagi membantu sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah, Sarana Sekolah disediakan. Terkandung dalam sarana ini 
a)    Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti
b)    Sarana Penglibatan Ibu Bapa dengan Anak
c)    Templat Prospektus Sekolah
d)   Templat Buku Komunikasi

Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti bertujuan memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong Sistem Pembelajaran. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna, akan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru/Lembaga Pengelola Sekolah, alumni serta ahli komuniti setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam mencemerlangkan murid.
  

*Istilah ibu bapa merujuk kepada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya.

Sarana ini disediakan khas untuk kegunaan pihak sekolah dan dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah (Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak-pihak lain yang turut mempunyai kepentingan dengan sekolah.

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk pihak sekolah serta rakan kongsinya. Dapatan dari analisis soal selidik boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana enam elemen yang menyokong pembelajaran dilaksanakan di sekolah. Analisis ini juga memberi ruang untuk pihak sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam menyediakan enam elemen yang menyokong pembelajaran.

 Amalan-amalan terbaik daripada PIBG sekolah dalam dan luar negara disertakan dalam sarana ini untuk memberi gambaran usaha dan penglibatan mereka dalam membantu usaha sekolah mencemerlangkan murid. Mudah-mudahan amalan-amalan tersebut akan dapat menambah cadangan  kepada usaha-usaha yang dapat dilaksanakan sekolah dengan kerjasama PIBG/LPS dan ahli komuniti.

Cadangan-cadangan yang disertakan dalam sarana ini bukanlah merupakan usaha yang baharu maupun  senarai lengkap kerana setiap sekolah mempunyai ibu bapa, komuniti, persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh PIBG dan komuniti untuk terlibat lebih mendalam dengan sekolah amat wajar dialu-alukan.

Peningkatan dalam penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah akan memberi peluang kepada ibu bapa dan komuniti memahami pentadbiran, tanggungjawab dan aktiviti sekolah dengan lebih jelas. Apabila mereka memahami keadaan yang berlaku di sekolah, mereka dapat membantu pihak sekolah dan murid dengan lebih berkesan.

Memanfaatkan Sarana Ibu Bapa

Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara - melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif. Program tersebut berusaha untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi membimbing dan mendidik pelajar. Sarana adalah segala sesuatu yang dijadikan alat atau cara untuk mencapai sesuatu. Sarana sekolah termasuk sistem pembelajaran, pentadbir, guru, dan semua kemudahan yang ada di sekolah.

Namun, kita masih kurang memberi perhatian terhadap sarana ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam pembelajaran dan pendidikan. Pelajar menggunakan masa yang lebih banyak bersama-sama ibu bapa dan masyarakat. Oleh sebab itu, ibu bapa dan masyarakat wajar memainkan peranan mereka untuk mendidik anak dengan lebih berkesan.

Ibu bapa bukan sahaja menyediakan kemudahan belajar di rumah dengan lebih selesa, malah wajar menyediakan emosi dan jiwa untuk belajar kepada anak-anak. Ibu bapa wajar memberi kasih sayang melalui tutur kata bersemangat, tindakan, sentuhan serta bimbingan untuk membentuk disiplin belajar yang baik. Sarana tersebut dapat melahirkan kesediaan anak-anak untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.

Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi sumbangan secara langsung terhadap pembelajaran anak- anak di sekolah. Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa khas dibentuk untuk mengumpul maklumat tentang sarana ibu bapa, dan perancangan serta pelaksanaan aktiviti untuk mencapai matlamat program ini.

Hampir setiap keluarga berlanggan surat khabar. Surat khabar merupakan sumber maklumat dalam masyarakat yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah dan ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak. Hal ini demikian kerana kebanyakan berita dan rencana dalam surat khabar tidak selaras dengan tahap dan keperluan pembelajaran.
Surat khabar yang disediakan untuk bacaan umum memerlukan suntingan dan ubah suai untuk menjadi bahan pembelajaran.

Tugas ini memerlukan kepakaran dan dedikasi guru. Sesetengah surat akhbar, khususnya Utusan Malaysia telah menyediakan bahan khusus untuk pembelajaran pelajar seperti sisipan ADaP - UPSR, PMR dan SPM. Bahan tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar tanpa sokongan guru dan ibu bapa. Hal ini kerana pihak sekolah mungkin tidak dapat menyediakan setiap pelajar dengan surat khabar berkenaan.

Bukan semua ibu bapa memiliki atau membelikan akhbar berkenaan untuk kegunaan anak-anak di rumah.Sekiranya ibu bapa yang melanggan Utusan Malaysia mendermakan naskhah ADaP kepada sekolah, sudah tentu pihak sekolah dapat mengumpulkan bahan tersebut untuk kegunaan pelajar di dalam bilik darjah.Tambahan pula, bukan semua ibu bapa yang melanggan akhbar tersebut mempunyai anak yang memerlukan bahan tersebut.
Oleh itu, aktiviti pengumpulan bahan tersebut akan dapat memanfaatkan sarana yang disediakan oleh akhbar untuk pelajar.

Sumber maklumat melalui papan kenyataan, poster dan sebagainya di sekolah dapat dilihat dan dibaca oleh pelajar setiap masa memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Guru dan pelajar mungkin tidak cukup masa untuk menggantikan bahan-bahan dengan lebih kerap. Ibu bapa dan masyarakat boleh mengambil inisiatif untuk mengemas kini maklumat secara lebih kerap.

Ibu bapa boleh membuat keratan akhbar tentang berita-berita yang sesuai untuk melengkapi papan kenyataan di bilik darjah atau sekolah.Langkah ini jika dapat dilaksanakan akan menceriakan bilik darjah dan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar. Aktiviti tersebut yang melibatkan ibu bapa dan menggunakan surat khabar merupakan langkah untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi kegunaan pelajar di sekolah. Aktiviti ini adalah antara cadangan yang boleh dilakukan dalam program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Ahli jawatankuasa yang dilantik boleh memikirkan aktiviti lain sebagai usaha untuk memupuk semangat belajar yang lebih kental kepada pelajar.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi melaksanakan transformasi pendidikan wajar dihayati oleh semua pihak.
Ibu bapa dan masyarakat wajar mengambil tanggungjawab bersama dengan pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MD ISHAK A. RAHMAN
SMK Ledang, Johor.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130722/pe_01/Memanfaatkan-sarana-ibu-bapa-akhbar#ixzz2flm6xTX1 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)




APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI?
(Klik untuk maklumat tambahan)

OBJEKTIF
MENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK:

Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan)

MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG:

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM:

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut.


CIRI-CIRI SBT
Pemimpin Sekolah:

•   Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan sekolah.

•   SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah.
•   Melibatkan sekolah ke peringkat antarabangsa.
•   Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
•   Sentiasa bersedia.
•   Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

GURU:

•  Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan bilik darjah dan

sekolah
•  SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan bilik darjah  dan sekolah.
•  Membantu melibatkan murid ke peringkat antarabangsa.
•  Membangunkan bakat kepimpinan murid.
•  Sentiasa bersedia.
•  Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembangunan dalam proses P&P

MURID:

• Boleh menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.

• Boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
• Berupaya mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah.
• Boleh bekerjasa dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan.
• Boleh menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan.

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN BERTERUSAN SBT:

•  Peningkatan pelan strategik, pengurusan,program akademik dan kokurikulum sokongan.

•  Peningkatan tahap prestasi( akademik,kokurikulum dan sukan)
•  Peningkatan program jalinan dengan universiti
•  Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa
•  Menjayakan lebih banyaj program yang melibatkan komuniti
• Menjadu penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain  dari dalam dan luar Negara.
• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar
• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar.
• Peningkatan jumlah murid yang memasuki Universiti dan institusi yang terkemuka.
• Peningkatan jumlah guru cemerlang
• Peningkatan program immersion untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru

PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG:

• Skor komposit yang berasaskan

• Skor GPS(pemberatan 70%)
• Skor verifikasi SKPM(pemberatan 30%)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

• Peningkatan ke taraf dunia.

• SKPM 90%
• Membina aspirasi untuk semua sekolah
• Peluasan sasaran 20 SBT menjelang 2010

KRITERIA ANNEX:



Personaliti Unggul
Rekod pembangunan kejayaan individu dan pemimpin yang berpengaruh dan sekolah baru, memberi aspirasi yang jelas untuk memupuk pemimpin

Anugerah Kebangsaaan dan Antarabangsa
Penyertaan dan pencapaian dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Jalinan Dengan Institut Pengajian Tinggi

Jalinan dengan universiti dalam program pemindahan kredit,kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.

Jaringan Kukuh

Jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan luar Negara(cth. Program pertukaran staf dan pelajar), komuniti, organisasi awam dan swasta.

Penandaarasan Kebangsaan dan Antarabangsa

Sekolah digunakan sebagai penandaarasan di peringkat kebangsaan dengan menggunakan piawaian antarabangsa(cth. PISA,TIMSS)


Monday, September 9, 2013

Tip Menjawab Soalan Sistem Bahasa UPSR

Tips Menjawab Bahasa Melayu Pemahaman UPSR
1. Kod kertas 011 (SK) / 021 (SJK C/T).
2. Masa yang diperuntukkan 50 minit sahaja.
3. Konteks sistem bahasa dalam ujian pemahaman.
A. Morfologi
i. Bentuk kata
 kata tunggal
 kata terbitan
 kata majmuk
 kata ganda
* Proses pembentukan kata Bahasa Melayu melalui:
 pengimbuhan
 penggandaan
 pemajmukan
ii. Golongan kata
 kata nama
 kata kerja
 kata adjektif
 kata tugas
B. Sintaksis
Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang
sesuai.
Ayat soalan
Ayat jawapan
Ayat sama maksud
Ayat aktif / Ayat pasif
Struktur ayat
Cakap ajuk / pindah
Ayat yang betul
Ketepatan kata
Kesalahan tatabahasa dalam ayat5
C. Peribahasa
Mengetahui maksud simpulan bahasa dan penggunaannya dalam ayat atau
penulisan.
D. Sistem ejaan
Perkara yang diberi penekanan ialah :
i. Kata asli Bahasa Melayu
ii. Ejaan kata pinjaman
iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan
4. Baca setiap soalan dengan teliti.
5. Untuk soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang
disertakan.
6. Bilangan soalan adalah sebanyak 30 daripada 40 soalan. Jenis soalan ialah;
a. Aneka pilihan mudah. Soalan memerlukan calon memilih satu jawapan betul
atau terbaik.
i. Empat opsyen jawapan A, B,C dan D
b. Aneka pilihan kompleks. Soalan memerlukan murid memilih satu gabungan
jawapan yang betul atau terbaik.
i. Empat pilihan jawapan bernombor roman
ii. Empat opsyen jawapan A, B,C dan D
7. Kata tugas dalam soalan.
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Perkataan seerti bagi
Perkataan berlawan bagi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pilih ayat yang betul.
8. Jawab soalan yang mudah dahulu.6
Tip Menjawab Soalan Pemahaman Petikan UPSR
1. Soalan pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang
dibaca. Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang
disoal.
2. Baca petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.
3. Baca soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.
4. Cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda /
menggaris isi dalam teks.
5. Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam
petikan.
6. Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih itu
benar-benar menepati kehendak soalan.
7. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis kata tanya) Membayangkan
kerencaman (kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Contoh kata tugas:
Bil Kata Tugas Respons yang Diharapkan
1 Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
2 Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu
3 Bilakah Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa
4 Di manakah Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu
peristiwa
5 Bagaimanakah Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang cara/
keadaan/ langkah/ kejadian
6 Mengapakah Memberi sebab
7 Berapakah Menyatakan kuantiti
8 Manakah Menyatakan pilihan
9 Tuliskan Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan
10 Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
huraian lanjut/huraian/sokongan
11 Ulaskan Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik
12 Pilih Membuat pilihan jawapan
13 Isikan Memasukkan jawapan yang sesuai
14 Bezakan Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau
lebih perkara
15 Bincangkan Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai
aspek
16 Catatkan Merakam sesuatu maklumat7
8. Berhati-hatilah ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap oleh teknik
penyoalan. Misalnya, soalan yang menggunakan kata kecuali, bukan, tidak benar,
lawan, seerti dan sebagainya.
9. Jangan sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan pemahaman anda tanpa
merujuki konteks ayat. Biasanya soalan-soalan yang menanyakan erti kata, lawan kata,
maksud rangkai kata dan maksud peribahasa, pemilihan katanya adalah berdasarkan
konteks ayat dalam petikan.
10.Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk tersirat. Misalnya, soalan yang
bertanyakan pendapat anda. Untuk menjawab soalan seperti ini, carilah jawapan yang
paling tepat dan logik.
11.Sekiranya terdapat soalan yang menanyakan tema, isi-isi penting dan tajuk, anda perlu
memahami petikan tersebut secara keseluruhannya untuk mendapatkan jawapannya.

Tip Menjawab Soalan Penulisan UPSR
A. Memindahkan Maklumat
1. Bacalah arahan denga teliti.
2. Teliti bahan rangsangan yang diberikan, sama ada berupa gambar tunggal atau gambar
bersiri.
3. Kenal pasti perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilihat dengan jelas dalam
gambar tersebut supaya maklumat-maklumat yang diperoleh itu adalah maklumatmaklumat tersurat sahaja.
4. Melalui penelitian bahan rangsangan tersebut, anda akan dapat mengenal pasti idea
keseluruhan gambar tersebut.
5. Binalah lima ayat yang lengkap. Anda boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
6. Nama watak boleh diguna mengikut kesesuaian.
7. Nomborkan setiap ayat yang dibina.
8. Pastikan ayat-ayat yang dibina tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan,
imbuhan dan tanda baca.

Kisah TIKUS dan KALA JENGKING

SHARING IS CARING

Alkisah ada seekor tikus yang telah terkehel kakinya dan ia perlu merentasi sebatang anak sungai yang arusnya agak deras. Tikus ini sedar bahawa dalam keadaan kakinya yang tidak kuat, nescaya ia akan dibawa oleh arus yang deras itu dan mati kelemasan. Dalam mencari jalan untuk merentasi ank sungai tersebut, ia bertemu dengan seekor kala jengking di tepi tebing sungai. Maka ia berfikir untuk meminta pertolongan dari kala jengking itu. Tikus itu pun menyapa kala jengking dan bertanya jika kala jengking itu sanggup menolongnya merentasi arus sungai yang deras ini. Kala jengking itu sanggup menolong si tikus. Namun, si tikus agak was-was dan takut jika ia disengat oleh kala jengking yang sangat berbisa itu.

Si tikus meminta kala jengking itu agar tidak menyengatnya semasa menolongnya melintasi arus sungai itu. Lagi sekali, kala jengking ini bersetuju untuk tidak menyengatnya. Maka dengan senang hati si tikus ini pun merentasi arus sungai itu sambil ditarik oleh kala jengking yang sangat berbisa. Setelah beberapa ketika, mereka berdua berjaya sampai ke seberang tebing dengan selamatnya. Si tikus pun dengan rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada si kala jengking atas kesudiannya menolongnya.

Tak kala si tikus ingin melangkah pergi, dengan tiba-tiba kala jengking yang sangat berbisa itu terus menyengat si tikus tadi. Si tikus terus rebah dan terketar-ketar menahan bisa sengatan kala jengking. Dalam mengharung kesakitan si tikus bertanya kepada si kala jengking:

Tikus: Kenapa tuan bersusah payah menolong saya menyeberangi sungai dan kemudiannya menyengat saya? Sedangkan tuan telah berjanji untuk tidak menyengat saya?

Kala jengking: Saya adalah seekor kala jengking. Dan kerana itu, saya pasti akan menyengat.

Begitulah kisah seekor tikus and seekor kala jengking. Iktibar dari kisah ini adalah untuk kita sentiasa berhati-hati bila meminta tolong pada seorang musuh. Apatah lagi jika kita membuat perjanjian dengan musuh

Tips Mengambil Peperiksaan

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. Sediakan segala peralatan untuk menulis.
  a) pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang
  b) pemadam - 2 butir
  c) pengasah pensil - 1 biji dan pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali
  d) pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang
  e) pen - 2 batang
  f)  pensil warna dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
   a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
   b) Surat lahir / kad pengenalan
   c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-
    a) Baca Surah Al-Fatihah 
    b) Takbir 
    c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W7. Salam & cium tangan ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca:-
 a)Surah Al-Fatihah 
 b)Takbir 
 c)Doa Penerang Hati 
 d)Selawat Ke atas Nabi Muhammad.


DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
  a)Doa Penerang hati
  b)Doa Tidak Lup
3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa, jangan panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.