Thursday, March 11, 2010

Berita Terkini - Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas

Kepala Batas -11 Mac 2010
SK Bertam indah telah menjadi Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas 2010. SK Bertam Indah telah berjaya membawa pulang 5 Emas 6 Perak dan 2 Gangsa di mana hanya kurang 1 pingat emas untuk menjadi Johan Keseluruhan Sekolah Rendah.Pencapaian ini adalah yang terbaik sejak SK Bertam Indah ditubuhkan pada 2003. Kejayaan adalah dengan dorongan dan strategi daripada Penolong Kanan Ko-Kurikulum En Sohizan Bakar di mana meletakkan 4 guru sebagai jurulatih iaitu En Mohd Nizam Mustafa, En Mohd Effendy Abdullah, Pn Hasnah Abdullah dan Pn Muna Yusof. Kejayaan ini menebus kekecewaan dalam acara bolasepak yang terpaksa pulang awal setelah mengalami kekalahan pada pusingan pertama.
Pencapaian yang membanggakan ini juga diceriakan apabila Olahragawati Zon Kepala Batas turut digondol oleh murid SK Bertam Indah iaitu Nurin Awatif Bt Sohizan yang telah memenangi pingat emas dan memecahkan rekod kejohanan dalam acara lompat kijang perempuan kelas 3. Seorang lagi murid SK Bertam Indah Nur Zahirah ditabalkan sebagai ratu pecut kategori perempuan kelas 3 apabila memenangi pingat emas acara 100m dan 200m disamping pingat perak acara 4 x 100m dan 4 x 200m.
Selari dengan misi sekolah yang mensasarkan SK Bertam Indah akan menjadi sekolah cemerlang dalam segala bidang pada tahun 2010, kejayaan ini diharap membakar semangat agar kejayaan akan berterusan pada tahun 2010 tidak kira samada dari segi kurikulum mahupun ko-kurikulum.