Wednesday, August 19, 2009

Jadual Peperiksaan UPSR 2009

Salam..

Sila klik link untuk mengetahui Jadual Peperiksaan UPSR 2009.

Klik sekarang >>>>> http://www.sendspace.com/file/u2ynw8

Salam daripada webmaster.

Koko's Smart Start Camp 2009

Kepala Batas
Koko's snart start camp 2009 anjuran Nestle Koko Krunch dan New Straits Time telah
diadakan baru-baru ini sekitar bulan April. Kem yang dihadiri lebih daripada 150 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 SK Bertam Indah dan dibantu oleh guru-guru Bahasa Inggeris SK Bertam Indah telah meningkatkan motivasi murid untuk menguasai kemahiran Bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Pertandingan kuiz/permainan antara kumpulan, sessi soal jawab bersama pihak penganjur dan penyampaian hadiah untuk kumpulan terbaik. Sebelum pulang semua murid dan guru menerima Honey star percuma sebagai ole-ole dari pihak Nestle.







Pertandingan Mengarang Esei (Peringkat Kebangsaan)


Kepala Batas - 20 Ogos 2009
Seorang murid daripada SK Bertam Indah, Nur Hanis Farhanah Bt Rosman (12 tahun) dari kelas 6 Berlian telah memenangi Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris kategori 11-12 tahun sempena Hari Pengguna Malaysia anjuran FOMCA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
Adik Nur Hanis farhanah telah membawa pulang sijil beserta wang tunai RM 1000.00. Esei yang bertajuk " The importance of electricity in our daly lives" telah membawa tuah kepada adik Nur Hanis Farhanah.
Syabas diucapkan kepada beliau.