Friday, November 18, 2011
Petikan BERNAMA
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Sabah buat julung kalinya mengadakan majlis pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di luar ibu negerinya apabila memilih sebuah sekolah di kawasan pedalaman Semporna sebagai lokasi pengumuman.Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yusin berkata Jabatan Pelajaran Sabah memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Kabogan, Semporna sebagai lokasi pengumuman keputusan UPSR Sabah bagi memberi motivasi kepada sekolah yang terletak jauh dari ibu negeri untuk terus berusaha gigih."Dengan kita mengadakannya di SK Kabogan ini, yang keputusannya agak baik di Semporna ini, saya yakin ia akan menimbulkan kesedaran yang sukar untuk mereka lupakan. Selalunya anak-anak cemerlang yang kita panggil ialah dari kawasan Kota Kinabalu."Jadi, mengapa tidak sekali-sekala kita buat di luar Kota Kinabalu supaya pelajar cemerlang di kawasan luar bandar juga berpeluang untuk kita panggil menghadiri majlis seumpama ini," katanya kepada pemberita.Dr Muhiddin ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata 1,018 calon di negeri ini mendapat keputusan semua A dan daripada jumlah itu seramai 859 calon adalah dari SK manakala 159 lagi merupakan calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK).SK terbaik di Sabah ialah SK Sri Gaya, Kota Kinabalu dengan 43 calon mendapat semua A dan SKJ Cina terbaik ialah SKJC St James, Kota Kinabalu dengan 21 calon semua A, katanya.
Di SARAWAK, sebanyak 88 buah sekolah mencatat pencapaian 100 peratus lulus dengan melibatkan 79 SK dan sembilan SKJC, kata Pengarah Pelajaran negeri Abdillah Adam.
Seramai 1,835 daripada 43,849 calon memperoleh semua A bagi semua mata pelajaran dengan 1,319 calon dari SK dan SJKC (516).
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Pelajaran Abdul Halim Abdul Razak berkata pencapaian calon mendapat semua A menurun sedikit iaitu 0.8 peratus daripada 12.4 peratus tahun lepas kepada 11.6 peratus tahun ini.
Pencapaian calon cemerlang bandar mengalami peningkatan 0.2 peratus manakala calon luar bandar mengalami penurunan sebanyak 1.3 peratus, katanya pada pemberita.
Di WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 2,690 daripada 24,454 calon mendapat keputusan semua A dan keputusan itu menurun sedikit daripada 11.32 peratus tahun lepas kepada 11.23 peratus tahun ini. Pengarah Pelajaran Datuk Khairil Awang berkata indeks Gred Prestasi Negeri (GPN) pencapaian keseluruhan UPSR bagi Wilayah Persekutuan juga menurun daripada 2.16 tahun lepas berbanding 2.17 tahun ini.
Di PERLIS, Pengarah Pelajaran Dun Kasa berkata keputusan lulus UPSR meningkat 1.59 peratus tahun ini berbanding tahun lepas apabila 2,833 calon lulus berbanding 2,677 calon tahun lepas.Beliau berkata hanya 388 daripada 4,540 calon memperoleh keputusan cemerlang dengan semua A dan dua sekolah luar bandar yang mencatat peratus pencapaian keseluruhan melebihi 90 peratus iaitu SK Titi Tok Bandar dengan 95.24 peratus dan SK Padang Keria (91.18 peratus).
Di SELANGOR, Pengarah Pelajaran Abdullah Mad Yunus berkata seramai 67,494 daripada 86,092 calon lulus dalam keputusan UPSR tahun ini, dan seramai 9,004 calon berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A dan 7A dalam semua mata pelajaran.
Pengarah Pelajaran TERENGGANU Razali Daud berkata pencapaian keseluruhan UPSR negeri itu meningkat 15.6 peratus berbanding 15.4 peratus tahun lepas.Seramai 3,548 daripada 22,801 calon negeri itu memperoleh keputusan cemerlang dengan semua A, katanya.
Di PULAU PINANG, SK Bertam Indah dipilih sebagai sekolah terbaik apabila 90 pelajar daripada 211 pelajarnya memperoleh keputusan cemerlang 5A, kata Pengarah Pelajaran Ahmad Tarmizi Kamaruddin.Beliau berkata negeri itu mencatatkan seramai 2,652 daripada 24,874 calon UPSR berjaya memperoleh keputusan semua A, katanya pada sidang media. Murid SK Pendidikan Khas (SRPK) Alma, Muhammad Iskandar Shah Mohd Nawi, 12 yang cacat penglihatan dipilih sebagai murid pendidikan khas terbaik setelah mendapat keputusan 4A dan 1B.
Di PAHANG, Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Zainal Abidin berkata pencapaian calon UPSR di Pahang pada keseluruhannya kekal pada GPN iaitu 2.2."Seramai 2,967 memperoleh 5A berbanding 3,359 calon pada tahun sebelumnya," katanya sambil menambah kata bahawa empat calon Orang Asli memperoleh 5A daripada 727 calon di Pahang.
Di MELAKA, lima sekolah berjaya memperoleh keputusan 100 peratus minimum 'C' bagi semua mata pelajaran iaitu SK Convent Infant Jesus 2, SK Pegoh, SK Berisu, SKJ Cina Kemendor dan SKJ Tamil Ladang Serkam.
Pengarah Jabatan Pelajaran Mohamad Yusoff Osman berkata pencapaian calon cemerlang semua A menurun sedikit (0.4 peratus) iaitu daripada 10.4 peratus pada tahun lepas kepada 10 peratus pada tahun ini.
Di JOHOR, Pengarah Pelajaran Mohd Nor A.Ghani berkata seramai 5,753 daripada 58,923 murid UPSR di negeri itu memperoleh A dalam semua mata pelajaran dan ia menurun 0.85 peratus daripada 10.61 peratus tahun lepas kepada 9.76 peratus tahun ini. Beliau berkata SK Bandar Uda 2 menjadi sekolah paling ramai murid cemerlang semua A seramai 83 orang, diikuti SK Kota Masai, Pasir Gudang (82 orang) dan SKJ Cina Kuo Kuang 2, Skudai (79 orang).
Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Pelajaran Hussain Awang berkata prestasi positif GPN yang diperoleh merupakan yang terbaik dalam tempoh lapan tahun iaitu 2.09 berbanding 2.22 pada tahun lalu.
Beliau berkata jumlah calon semua A turut meningkat 0.95 peratus, kepada 5,282 orang calon tahun ini berbanding 5,128 tahun lepas.Sementara seorang pelajar cacat penglihatan, Mohamad Qayyim Nizar Sarimi daripada Sekolah Kebangsaan Kampong Sireh, Kelantan, muncul pelajar terbaik kategori calon berkeperluan khas negeri Kelantan dengan keputusan 3A 2B.

Label:
PEPERIKSAAN
Petikan Akhbar
SINAR HARIAN
90 pelajar SK Bertam Indah dapat 5A dalam UPSR
Oleh : SH UTARA/ OTHMAN YAHAYA
Tarikh : November 17, 2011
Tarikh : November 17, 2011
KEPALA BATAS - Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah dipilih sekolah terbaik dengan keputusan cemerlang bagi aliran kebangsaan apabila 90 pelajarnya memperolehi 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.
Turut mencatat keputusan cemerlang ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Perempuan Cina dengan 59 pelajarnya memperolehi semua A manakala empat [elajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Subramaniya Barathee, Bukit Mertajam mendapat 5A.
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, seramai 2,652 daripada 24,874 calon berjaya memperolehi keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.
"Secara keseluruhan pencapaian dalam menguasai tahap minimum bagi semua mata pelajaran ialah 67.23 peratus iatu seramai 16,547 pelajar mencapai sekurang-kurangnya gred C," katanya pada sidang media di SK Bertam Indah di sini pagi tadi.

UTUSAN MALAYSIA
Tidak sempat kongsi kejayaan
Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my
azeli.ali@utusan.com.my
KEPALA BATAS 17 Nov. – Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di sini terkilan tidak sempat berkongsi kejayaan mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 dengan bapanya yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya petang semalam.
Nur Hazwani Rosaidi, 12, hanya mampu memegang slip keputusan UPSR yang disampaikan Pengarah Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin di sisi jenazah bapanya, Rosaidi Awang Kechik, 41, di rumahnya di Taman Paya Keladi di sini.
Menurut Nur Hazwani, bapanya yang bertugas sebagai pegawai bank di Pulau Pinang beria-ia memohon cuti untuk menemaninya ke sekolah mengambil keputusan UPSR hari ini.
“Bapa juga bercadang membawa kami sekeluarga melancong semasa cuti sekolah ini sebagai hadiah sekiranya saya berjaya mendapat 5A.
“Memang sedih sangat apabila bapa tak sempat nak tengok keputusan ini. Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas ini,” kata anak ketiga daripada enam adik beradik itu.
Menurut murid itu, bapanya meninggal dunia ketika pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam apabila motosikal ditungganginya melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan U di Butterworth.
BULETIN PERDA
Pelancaran Mutiara PDCA 2011 dan Penyampaian Anugerah Sekolah Cemerlang UPSR PDCA 2010
Lokasi di Dewan Besar Sungai Dua
Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) yang telah diperkenalkan sejak 2006, sebagai satu program melonjakkan pencapaian akademik pelajar-pelajar UPSR di negeri ini, telah diberi penjenamaan semula sebagai Mutiara PDCA.
Penjenamaan semula ini telah dilancarkan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di satu majlis yang berlangsung di Dewan Besar Sungai Dua pada 29 Januari 2011 (Sabtu) yang lalu.
Dalam ucapan pelancaran, beliau menyatakan pemberian nama baru kepada program ini selaras dengan penambahbaikan dan penyelarasan yang lebih besar dengan penglibatan agensi kerajaan serta swasta dan pemimpin masyarakat.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, percaya bahawa melalui Program Mutiara PCDA ini mampu menjadi jambatan dalam mengurangkan jurang penyertaan bumiputera berbanding bukan bumiputera di dalam sosio ekonomi dan guna tenaga di masa akan datang.
Di majlis yang sama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop diberi kesempatan untuk menyampaikan anugerah kepada sekolah-sekolah yang mencatatkan keputusan yang membanggakan di dalam UPSR tahun lalu.
Anugerah Pencapaian Peratus 5A Terbaik dan Anugerah Peningkatan 5A Terbaik telah dimenangi oleh SK Bertam Indah. SK Pulau Betong pula dianugerahi Sekolah Berpotensi Peningkatan UPSR.
Bagi Anugerah Khas Agensi, SK St. Mark, Perai dan SMK Tinggi B. Mertajam telah memenangi anugerah ini di bawah agensi penyeliaan Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan Bumiputera Pulau Pinang. Untuk sekolah di bawah agensi PERDA, SK Mohd Shah dan SMK Kampong Selamat telah terpilih. Manakala di bawah Pusat Urus Zakat ialah SK Pauh Jaya dan SMK Al-Irshad.
Pada majlis yang sama, YB Tan Sri Nor turut melancarkan Program e-Didik, satu program pembelajaran interaktif maya yang dibangunkan oleh PERDA dengan kerjasama BPPB, PUZ dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Label:
PEPERIKSAAN
BERITA TERKINI
Kepala Batas : 17 November 2011
Sidang Media Pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011 telah diadakan di SK Bertam Indah oleh Tuan Haji Ahmad Tarmizi Bin Kamaruddin (Pengarah Pelajaran Pulau Pinang).
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang mengumumkan SK Bertam Indah sebagai sekolah dengan keputusan terbaik UPSR 2011 untuk negeri Pulau Pinang.
Bilangan Sekolah Rendah Di Pulau Pinang = 272
SK Bertam Indah =1/272
TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK BERTAM INDAH YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJADIKAN SKBI NO 1.
Label:
PEPERIKSAAN
Keputusan UPSR 2011
TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 2011
Berikut adalah Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011
Bilangan Calon = 211
Bilangan Calon Lulus = 198
Peratus Lulus = 93.84%
Gred Purata Sekolah (GPS) = 1.50
Bilangan Murid Mendapat 5A = 90
Bilangan Murid Mendapat 4A 1B = 31
Bilangan Murid Mendapat 3A 2B = 15
Peratus Lulus Ikut Subjek
BM Pemahaman = 97.6%
BM Penulisan = 96.2%
Bahasa Inggeris = 98.1%
Matematik = 98.6%
Sains = 95.7%
KEPUTUSAN TERBAIK DALAM PULAU PINANG UNTUK TAHUN 2011 BERDASARKAN PENCAPAIAN BILANGAN MURID MENDAPAT 5A DAN GRED PURATA SEKOLAH
Label:
PEPERIKSAAN
Subscribe to:
Posts (Atom)