Wednesday, September 19, 2012

Tips Menjawab Bahasa Melayu UPSR


Tips UPSR : Bahasa Melayu Penulisan

BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.
Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

BAHAGIAN A 
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:

Langkah pertama
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak). 

Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan. 

Langkah ketiga

Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).

Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.

Langkah keempat 

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.

Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat. 

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan. 

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas. 

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat. 

Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur. 

BAHAGIAN B 

Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik.

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan FMK (Formula Menulis Karangan), iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332.

Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat. 

Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas. 

Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.

Langkah pertama - Pilih soalan

Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya. 

Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya: Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong.

Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah "Ceritakan tindakan". Kehendak soalan ialah "menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan", manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.

Langkah kedua - Merangka karangan
Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta Minda", "Melakar Isi" atau "Teknik Penyoalan".

Langkah ketiga - Menulis karangan

Pastikan ada enam perenggan. Pastikan juga tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pengenalan itu. Contohnya: 

1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam atau luar negara.

Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC (isi, kesan dan contoh).

Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti dalam bentuk rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.

Langkah keempat - Semak karangan

Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab Bahagian C. 

BAHAGIAN C

Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini. 

Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu. 

Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah "Abang mengucapkan terima kasih". 

Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan iaitu:

Langkah pertama

Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah "mengulang kaji". Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

Langkah kedua

Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:

a) Pengajaran - Rajin 
b) Perbuatan - mengulang kaji pelajaran 
c) Mengapa - lulus periksa 

Langkah ketiga

Membina ulasan lengkap, contohnya: Kita mestilah rajin dengan mengulang kaji pelajaran agar lulus dalam peperiksaan. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.

Langkah keempat
Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.

Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya. Masa yang dicadangkan untuk Bahagian A ialah tiga minit untuk memahami gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak. Untuk Bahagian B (10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan). 

Untuk Bahagian C (lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak). Lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C.


 



Tip UPSR: Bahasa Melayu Pemahaman
BAGI membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik. Seperti yang diketahui, kertas 1 mempunyai dua bahagian iaitu tatabahasa dan pemahaman. Kedua-dua bahagian ini mempunyai teknik menjawab yang berbeza.

1.1 Tatabahasa

Pastikan anda sudah menguasai kesemua bahagian tatabahasa. Ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami terlebih dahulu sebelum anda menjawab soalan. Di bawah ini merupakan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh calon sewaktu hendak menjawab soalan bahagian tatabahasa.

1.1.1 Faham
Calon perlulah memahami kesemua pilihan jawapan yang disediakan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan yang diberikan. Calon hanya cuba mengagak maksud jawapan berkenaan. Kebiasaannya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan. Catatlah secara ringkas maksud pilihan jawapan berkenaan. Contoh:

A memberi menyampaikan sesuatu
B mengirim menghantar menerusi sesuatu
C membalas menjawab surat
D menerima mendapat sesuatu

1.1.2 Baca

Bacalah ayat yang disediakan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Kadang-kadang ada pilihan jawapan yang seolah-olah boleh dipilih sebagai jawapan. Pilihan jawapan yang sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap utama.
Contoh:
Ayah ._____ sepucuk telegram dari kampung.

1.1.3 Kesan

Anda perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Bulat atau gariskan klu berkenaan. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan anda memilih jawapan yang tepat.

(Bulatkan perkataan ‘dari’ sebagai klu jawapan yang menunjukkan ayah menerima)

Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.

1.1.4 Pilih

Peringkat ini adalah peringkat paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Pengganggu yang diberikan sudah pasti akan mengelirukan adik-adik. Oleh itu, fahamilah betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.

Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.

A memberi menyampaikan sesuatu
B mengirim menghantar menerusi sesuatu <-- Pengganggu yang hampir tepat
C membalas menjawab surat
D menerima mendapat sesuatu <-- Jawapan yang paling tepat

Calon-calon, pastikan:

* 1 soalan hanya ada 1 - 1 1/2 minit sahaja.
* Jangan membuang masa dengan cuba menjawab soalan yang susah.
* Jawab soalan Bahagian Tatabahasa (Soalan 1 hingga Soalan 30) terlebih dahulu.
* Peruntukan masa antara 15 hingga 20 minit untuk Bahagian Tatabahasa.
* Jawab soalan yang lebih mudah dahulu.
* Segera jawab soalan Bahagian Petikan.
* Peruntukan masa 10 minit untuk setiap petikan.
* Baki masa untuk tujuan menyemak semula jawapan.

1.2 Pemahaman

Calon-calon hanya perlu menjawab 10 soalan sahaja dalam bahagian pemahaman. Namun begitu setiap soalan amat berkait rapat dengan petikan yang disediakan. Untuk menjawab soalan pemahaman, calon perlulah memperbanyakkan latihan menjawab kerana bahagian ini memerlukan kemahiran yang tinggi dalam hal memahami petikan. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan sewaktu hendak menjawab soalan petikan ialah:

1.2.1 Baca dan faham

Calon-calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dahulu. Selepas itu, barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan sesekali menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dahulu.

1.2.2 Cari pembayang jawapan

Kebiasaannya klu atau pembayang jawapan berada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut. Pastikan klu berkenaan berkait rapat dengan soalan.

…Lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses membuat kerepek di kilang.

1.2.3 Penyesuaian

Sesuaikan pembayang yang anda garis dengan pilihan jawapan yang diberikan. Teliti dan fahami betul-betul sebelum memilih jawapan.

Apakah tujuan utama program lawatan diadakan? (soalan)

… bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses membuat kerepek... (pembayang jawapan)

1.2.4 Memilih

Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang yang digaris, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih pilihan jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan.

Berdasarkan catatan di atas, apakah tujuan utama program lawatan diadakan?

A Menyedarkan murid-murid betapa susahnya mencari rezeki.
B Meraikan sambutan dan hari terbuka yang diadakan oleh pihak kilang.
C Menggalakkan murid-murid agar menyertai industri membuat kerepek.
D Menambahkan pengetahuan murid berkenaan proses membuat kerepek.

Langkah-langkah diatas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu, beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon-calon tidak melakukan kesilapan. Antara kelemahan-kelemahan tersebut ialah:

* Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.
* Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.
* Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.
* Membuang masa dengan soalan yang susah.
* Keliru dengan pengganggu yang hampir sama ejaannya atau maknanya.
* Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.
* Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.
* Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.

Ingat!

Kira jumlah tanda hitam adalah cukup 40. Jika kurang, ini bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dengan dua jawapan. Selamat menghadapi UPSR 2010. Semoga berjaya!

Senarai Sekolah Berasrama Penuh Malaysia


Bermula 15 September hingga 31 oktober 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka permohonan sekolah berasrama penuh kepada kemasukan  pelajar sekolah Ttingkatan 1. Permohonan  itu dilakukan secara online dan anda boleh melayari laman web rasmi  http://parents.sekolahmalaysia.com/ untuk memohon sekolah berasrama penuh. Panduan permohonan pula anda boleh rujuk di http://viewnow.myschoolchildren.com/?p=674 .

Maklumat data ini diambil melalui sistem maklumat pelajar sekolah dan pelajar hanya perlu memasukan nombor angka giliran UPSR dan kad pengenalan ibu atau bapa. Setelah itu pelajar boleh mengisi borang mengikut seperti di dalam panduan mengisi borang permohonan.
Terdapat 65 buah sekolah berasrama penuh dan berikut adalah senarai sekolah :-
No
NEGERI
NAMA SEKOLAH
 ALAMAT
TELEFON/FAKS
 1 PerlisSMS Tuanku Syed Putra Jalan Padang Behor, Behor Pulai, 01000 Kangar, PerlisTel: 04-9760433 Faks: 04-9760199
 2 Kedah SM Sultan Abdul Halim 06009 Jitra, KedahTel: 04-7143209 Faks: 04-7143215
 3 KedahSMS Pokok Sena 06400 Pokok Sena, KedahTel: 04-7823733 Faks: 04-7825275
 4 KedahSMS Sultan Mohamad Jiwa Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani, KedahTel: 04-4212797 Faks: 04-4214877
 5 KedahSMS Kubang Pasu Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, KedahTel: 04-9257855 Faks: 04-9257844
 6 KedahSBPI Kubang Pasu Bukit Kayu Hitam, 06050 Bukit Kayu Hitam, KedahTel: 04-9222701 Faks: 04-9222707
 7 P.PinangSMS Tun Syed Sheh Shahabudin Jalan Damai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau PinangTel: 04-5305636 Faks: 04-5380853
 8 P.PinangSMS Kepala Batas Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau PinangTel: 04-5751592 Faks: 04-5754145
 9 PerakSMS Raja Tun Azlan Shah Jalan Taman Tasik, 34009 Taiping, PerakTel: 05-8083020 Faks: 05-8062576
 10 PerakSekolah Tuanku Abdul Rahman Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, PerakTel: 05-5457733 Faks: 05-5467000
 11 PerakThe Malay College Jalan Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, PerakTel: 05-7761400 Faks: 05-7764500
 12 PerakSMS Teluk Intan 36000 Teluk Intan, PerakTel: 05-6411711 Faks: 05-6411155
 13 PerakSBPI Gopeng Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, PerakTel: 05-3597688 Faks: 05-3591788
 14 PerakSMS Bagan Datoh 36100, Bagan Datoh, PerakTel: 05-6466331 Faks: 05-6466332
 15 PerakSMS Tapah Jalan Kampung Pahang, 35000, Tapah, PerakTel: 05-4018745 Faks: 05-4018749
 16 WP Kuala LumpurSMS Selangor Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala LumpurTel: 03-91316093 Faks: 03-91300346
 17 WP Kuala LumpurSMS Seri Puteri Jalan Kolam Ayer, 51200 Kuala LumpurTel: 03-40411715 Faks: 03-40449614
 18 WP Kuala LumpurSMS Alam Shah Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala LumpurTel: 03-91315014 Faks: 03-91318119
 19 WP PutrajayaSekolah Sultan Alam Shah Parcel G, Presint 1, 62520 PutrajayaTel: 03-88883763 Faks: 03-88883614
 20 WP LabuanSMS Labuan Peti Surat No. 82206, 87032 WP LabuanTel: 087-461525 Faks: 087-462835
 21 SelangorKolej Islam Sultan Alam Shah Peti surat 64, 41906 Klang, selangorTel: 03-33711658 Faks: 03-33721148
 22 SelangorSekolah Seri Puteri Persiaran Tasik, 63000 Cyberjaya, SelangorTel: 03-83192414 Faks: 03-83193937
 23 SelangorSMAP Kajang Batu 13, Jalan Cheras, 43000 Kajang, SelangorTel: 03-87362324 Faks: 03-87360502
 24 SelangorSMS Kuala Selangor Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor, SelangorTel: 03-32893052 Faks: 03-32896631
 25 SelangorSMS Hulu selangor Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, SelangorTel: 03-60753838 Faks: 03-60751416
 26 SelangorSBPI Rawang Bandar tasik Puteri, 48020 Rawang, SelangorTel: 03-60928192 Faks: 03-60917309
 27 SelangorSBPI Sabak Bernam 45100 Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, SelangorTel: 03-32138348 Faks: 03-32138346
 28 SelangorSBPI Gombak Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Selangor
Tel: 03-61863050 Faks: 03-61858472
 29 Selangor SMS Banting Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra, 42700, Banting, SelangorTel: 03-31201597
Faks: 03-31201623
 30 Negeri SembilanSekolah Dato' Abdul Razak Sungai Gadut, 71450 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-6770806 Faks: 6781790
 31 Negeri SembilanKolej Tunku Kurshiah Jalan Tunku Khurshiah, 70400 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-7625351 Faks: 7619906
 32 Negeri SembilanSMS Tuanku Jaafar 72000, Kuala Pilah, Negeri SembilanTel: 06-4811304 Faks: 06-4817137
 33 Negeri SembilanSMAP Labu Km 11, Jalan Labu, 71900 Labu, Negeri SembilanTel: 06-7912245 Faks: 06-7912198
 34 Negeri SembilanSMS Tuanku Munawir Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-7630388 Faks: 06-7622885
 35 Negeri SembilanSBPI Jempol 72200 Batu Kikir, Negeri SembilanTel: 06-4985978 Faks: 06-4984167
 36 Negeri SembilanSMS Rembau Pilin, 71300 Rembau, Negeri SembilanTel: 06-6970037 Faks: 06-6970041
 37 MelakaSMS Muzaffar Syah Ayer Keroh, 75450 MelakaTel: 06-2320833 Faks: 06-2321780
 38 MelakaSBPI Selandar Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, MelakaTel: 07-7997754 Faks: 07-7997754
 39 JohorSekolah Tun Fatimah Jalan Tun Abdul Razak, 80000, Johor Bharu, JohorTel: 07-2364706 Faks: 07-2376961
 40 JohorSMS Johor Km 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, JohorTel: 07-7722458 Faks: 07-7723786
 41 JohorSMS Muar Tanjung Agas, 84009 Muar, JohorTel: 06-9523181 Faks: 06-9536693
 42 JohorSMS Kota Tinggi Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, JohorTel: 07-8222475 Faks: 07-8222477
 43 JohorSMS Sultan Iskandar Km 4, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, JohorTel: 07-7997754 Faks: 07-7997754
 44 JohorSMS Sembrong  Jalan Padang Tembak, Bandar T6, 86000, Kluang, JohorTel: 07-7892528
Faks: 07-7892523
 45 JohorSMS Batu Pahat KM. 8, Jalan Tanjung Laboh, 83000, Batu Pahat, JohorTel: 07-4288961
Faks: 07-4288964
 46 PahangSMS Sultan Haji Ahmad Shah Km 12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, PahangTel: 09-5381223 Faks: 09-5384407
 47 PahangSMS Tengku Abdullah Km 6, Jalan Lipis, 27600 Raub, PahangTel: 09-3551600 Faks: 09-3553511
 48 PahangSekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Jalan batu Balik, 26600 Pekan, PahangTel: 09-4224616 Faks: 09-4225453
 49 PahangSBPI Temerloh Kerdau, 28010 Temerloh, PahangTel: 09-2847889 Faks: 09-2847460
 50 PahangSBPI Tun Abdul Razak Pulau serai, 26600 Pekan, PahangTel: 09-4101010 Faks: 09-4101030
 51 PahangSBPI Kuantan Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, PahangTel: 09-5733994 Faks: 09-5736993
 52 PahangSMAP Bentong Mempaga, 28600, Karak, PahangTel: 019-9314116
Faks:
 53 TerengganuSMS Sultan Mahmud 21300, Kuala Terengganu, TerengganuTel: 09-6664214 Faks: 09-6664644
 54 TerengganuSMS Dungun 23000, Dungun, Terengganu Tel: 09-8422550 Faks: 09-8485389
 55 TerengganuSMS Kuala Terengganu Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, TerengganuTel: 09-6311402 Faks: 09-6266729
 56 TerengganuSBPI Batu Rakit 21020, Kuala Terengganu, TerengganuTel: 09-6693769 Faks: 09-6695712
 57 Terengganu SMS Hulu Terengganu 21700, Kuala Berang, Hulu Terengganu
 Tel: 09-6811226
Faks: 09-6811227
 58 Terengganu SMS Setiu Air Sejuk, 22100, Setiu, TerengganuTel: 09-6095003
Faks: 09-6095005
 59 KelantanSMS Tengku Muhammad Faris Petra 16100, Pengkalan Chepa, KelantanTel: 09-7738277 Faks: 09-7739139
 60 KelantanSMS Machang 18500, Machang, KelantanTel: 09-7878455 Faks: 09-7878830
 61 KelantanSMS Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, KelantanTel: 09-7860031 Faks: 09-7867315
 62 SabahSMS Sabah Beg Berkunci No.116, 88999, Kota Kinabalu, SabahTel: 088-246268 Faks: 088-247540
 63 SabahSMS Lahad Datu Beg Berkunci No. 18, 91108 Lahad Datu, SabahTel: 089-884905 Faks: 089-884930
 64 SarawakSMS Miri Jalan Bakam, 98000 Miri, SarawakTel: 085-421371 Faks: 085-411050
 65 SarawakSMS Kuching Jalan Batu Kawa Off Jalan Matang, 93050 Kuching, SarawakTel: 082-642544 Faks: 082-642710

Permohonan Sekolah Asrama Penuh 2013

Sila Klik Link Di bawah. Pastikan anda tahu angka giliran UPSR anak anda sebelum klik link ini.
Permohonan Sekolah Asrama Penuh 2012

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN MURID


Di dalam sekolah dan di dalam setiap bilik darjah, masalah disiplin memang berlaku, tidak kira apa jenis kepimpinan guru atau apa jenis disiplin yang wujud, termasuk disiplin arahan diri. Ini adalah kerana murid-murid terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza-beza.

Perkembangan masyarakat dengan pelbagai pengaruh yang kurang sihat di alam sekitar, masalah-masalah disiplin sekolah masa kini telah bertambah rumit dan kompleks. Masalah-masalah disiplin sekolah yang timbul pada masa kini boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu;
1. Jenayah
2. Kelakuan negatif
3. Membolos
4. Menipu

TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF
Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincang adalah;
1. Tingkah laku Yang Menghalang:-
Ia merupakan tingkah laku yang bergantung. Tingkah laku ini menjuruskan kepada diri sendiri. Ianya amat berbahaya kepada diri umpamanya kebimbangan, pergantungan berlebihan, penguduran diri dan pengasingan diri.

2. Tingakh laku yang Mengganggu:-
Ia adalah tingkah laku disruptif. Tingkah laku ini boleh membahayakan orang lain umpamanya hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif secara lisan atau fizikal.

3. Tingkah laku Anti Sosial:-
Merupakan tingkah laku distruktif. Tingkah laku ini boleh membahayakan diri sendiri, sekolah dan juga masyarakat. Antara yang termasuk dalam tingkah laku ini ialah, permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik dan geng.

Dalam masalah disiplin di sekolah, terdapat sepuluh salah laku yang berkekerapan tinggi dan berlaku di peringkat sekolah;
1. Ponteng sekolah
2. Mencuri
3. Mengancam murid sesekolah
4. Berkasar dengan murid sesekolah
5. Berbahasa kesat
6. Datang sekolah tetapi masuk kelas lewat
7. Membuat bisng dan mengganggu pelajaran
8. Merosakkan harta benda sekolah
9. Ponteng aktiviti kokurikulum
10. Ponteng kelas

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN
Di peringkat sekolah, punca-punca utama salah laku yang dikenal pasti, kebanyakannya disebabkan oleh pelajar sendiri. Sebilangan kecilnya berlaku kerana masalah keluarga, pengaruh persekitaran dan kecuaian sekolah.

Secara kasar, ia boleh dirumuskan bahawa punca-puncanya disebabkan daripada empat golongan iaitu;
1. Murid atau pelajar
2. Keluarga
3. Persekitaran
4. Sekolah

Sehubungan itu, punca-punca masalah disiplin yang berlaku di sekolah pada masa kini adalah dihuraikan seperti berikut;
1. Penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai
2. Keadaan fizikal bilik darjah kurang selesa
3. Hubungan guru dengan murid kurang baik dan kurang mesra
4. Sahsiah guru yang kurang menyakinkan
5. Kesihatan murid yang kurang baik
6. Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi
7. Pengaruh negatif dari keluarga, rakan sebaya dan alam sekitar
8. Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah

Membanteras masalah disiplin sekolah telah menjadi salah satu tanggungjawab yang berat. Untuk mencegah atau mengurangkan masalah disiplin, sekolah harus membentuk Jawatankuasa Disiplin Sekolah dengan tujuan untuk mengenal pasti jenis masalah disiplin, mencari puncanya dan mengambil tindakan yang wajar supaya masalah disiplin itu tidak akan berulang lagi di kalangan murid di sekolah.