Monday, September 9, 2013

Tip Menjawab Soalan Sistem Bahasa UPSR

Tips Menjawab Bahasa Melayu Pemahaman UPSR
1. Kod kertas 011 (SK) / 021 (SJK C/T).
2. Masa yang diperuntukkan 50 minit sahaja.
3. Konteks sistem bahasa dalam ujian pemahaman.
A. Morfologi
i. Bentuk kata
 kata tunggal
 kata terbitan
 kata majmuk
 kata ganda
* Proses pembentukan kata Bahasa Melayu melalui:
 pengimbuhan
 penggandaan
 pemajmukan
ii. Golongan kata
 kata nama
 kata kerja
 kata adjektif
 kata tugas
B. Sintaksis
Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang
sesuai.
Ayat soalan
Ayat jawapan
Ayat sama maksud
Ayat aktif / Ayat pasif
Struktur ayat
Cakap ajuk / pindah
Ayat yang betul
Ketepatan kata
Kesalahan tatabahasa dalam ayat5
C. Peribahasa
Mengetahui maksud simpulan bahasa dan penggunaannya dalam ayat atau
penulisan.
D. Sistem ejaan
Perkara yang diberi penekanan ialah :
i. Kata asli Bahasa Melayu
ii. Ejaan kata pinjaman
iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan
4. Baca setiap soalan dengan teliti.
5. Untuk soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang
disertakan.
6. Bilangan soalan adalah sebanyak 30 daripada 40 soalan. Jenis soalan ialah;
a. Aneka pilihan mudah. Soalan memerlukan calon memilih satu jawapan betul
atau terbaik.
i. Empat opsyen jawapan A, B,C dan D
b. Aneka pilihan kompleks. Soalan memerlukan murid memilih satu gabungan
jawapan yang betul atau terbaik.
i. Empat pilihan jawapan bernombor roman
ii. Empat opsyen jawapan A, B,C dan D
7. Kata tugas dalam soalan.
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Perkataan seerti bagi
Perkataan berlawan bagi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pilih ayat yang betul.
8. Jawab soalan yang mudah dahulu.6
Tip Menjawab Soalan Pemahaman Petikan UPSR
1. Soalan pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang
dibaca. Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang
disoal.
2. Baca petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.
3. Baca soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.
4. Cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda /
menggaris isi dalam teks.
5. Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam
petikan.
6. Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih itu
benar-benar menepati kehendak soalan.
7. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis kata tanya) Membayangkan
kerencaman (kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Contoh kata tugas:
Bil Kata Tugas Respons yang Diharapkan
1 Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
2 Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu
3 Bilakah Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa
4 Di manakah Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu
peristiwa
5 Bagaimanakah Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang cara/
keadaan/ langkah/ kejadian
6 Mengapakah Memberi sebab
7 Berapakah Menyatakan kuantiti
8 Manakah Menyatakan pilihan
9 Tuliskan Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan
10 Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
huraian lanjut/huraian/sokongan
11 Ulaskan Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik
12 Pilih Membuat pilihan jawapan
13 Isikan Memasukkan jawapan yang sesuai
14 Bezakan Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau
lebih perkara
15 Bincangkan Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai
aspek
16 Catatkan Merakam sesuatu maklumat7
8. Berhati-hatilah ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap oleh teknik
penyoalan. Misalnya, soalan yang menggunakan kata kecuali, bukan, tidak benar,
lawan, seerti dan sebagainya.
9. Jangan sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan pemahaman anda tanpa
merujuki konteks ayat. Biasanya soalan-soalan yang menanyakan erti kata, lawan kata,
maksud rangkai kata dan maksud peribahasa, pemilihan katanya adalah berdasarkan
konteks ayat dalam petikan.
10.Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk tersirat. Misalnya, soalan yang
bertanyakan pendapat anda. Untuk menjawab soalan seperti ini, carilah jawapan yang
paling tepat dan logik.
11.Sekiranya terdapat soalan yang menanyakan tema, isi-isi penting dan tajuk, anda perlu
memahami petikan tersebut secara keseluruhannya untuk mendapatkan jawapannya.

Tip Menjawab Soalan Penulisan UPSR
A. Memindahkan Maklumat
1. Bacalah arahan denga teliti.
2. Teliti bahan rangsangan yang diberikan, sama ada berupa gambar tunggal atau gambar
bersiri.
3. Kenal pasti perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilihat dengan jelas dalam
gambar tersebut supaya maklumat-maklumat yang diperoleh itu adalah maklumatmaklumat tersurat sahaja.
4. Melalui penelitian bahan rangsangan tersebut, anda akan dapat mengenal pasti idea
keseluruhan gambar tersebut.
5. Binalah lima ayat yang lengkap. Anda boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
6. Nama watak boleh diguna mengikut kesesuaian.
7. Nomborkan setiap ayat yang dibina.
8. Pastikan ayat-ayat yang dibina tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan,
imbuhan dan tanda baca.

Kisah TIKUS dan KALA JENGKING

SHARING IS CARING

Alkisah ada seekor tikus yang telah terkehel kakinya dan ia perlu merentasi sebatang anak sungai yang arusnya agak deras. Tikus ini sedar bahawa dalam keadaan kakinya yang tidak kuat, nescaya ia akan dibawa oleh arus yang deras itu dan mati kelemasan. Dalam mencari jalan untuk merentasi ank sungai tersebut, ia bertemu dengan seekor kala jengking di tepi tebing sungai. Maka ia berfikir untuk meminta pertolongan dari kala jengking itu. Tikus itu pun menyapa kala jengking dan bertanya jika kala jengking itu sanggup menolongnya merentasi arus sungai yang deras ini. Kala jengking itu sanggup menolong si tikus. Namun, si tikus agak was-was dan takut jika ia disengat oleh kala jengking yang sangat berbisa itu.

Si tikus meminta kala jengking itu agar tidak menyengatnya semasa menolongnya melintasi arus sungai itu. Lagi sekali, kala jengking ini bersetuju untuk tidak menyengatnya. Maka dengan senang hati si tikus ini pun merentasi arus sungai itu sambil ditarik oleh kala jengking yang sangat berbisa. Setelah beberapa ketika, mereka berdua berjaya sampai ke seberang tebing dengan selamatnya. Si tikus pun dengan rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada si kala jengking atas kesudiannya menolongnya.

Tak kala si tikus ingin melangkah pergi, dengan tiba-tiba kala jengking yang sangat berbisa itu terus menyengat si tikus tadi. Si tikus terus rebah dan terketar-ketar menahan bisa sengatan kala jengking. Dalam mengharung kesakitan si tikus bertanya kepada si kala jengking:

Tikus: Kenapa tuan bersusah payah menolong saya menyeberangi sungai dan kemudiannya menyengat saya? Sedangkan tuan telah berjanji untuk tidak menyengat saya?

Kala jengking: Saya adalah seekor kala jengking. Dan kerana itu, saya pasti akan menyengat.

Begitulah kisah seekor tikus and seekor kala jengking. Iktibar dari kisah ini adalah untuk kita sentiasa berhati-hati bila meminta tolong pada seorang musuh. Apatah lagi jika kita membuat perjanjian dengan musuh

Tips Mengambil Peperiksaan

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. Sediakan segala peralatan untuk menulis.
  a) pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang
  b) pemadam - 2 butir
  c) pengasah pensil - 1 biji dan pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali
  d) pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang
  e) pen - 2 batang
  f)  pensil warna dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
   a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
   b) Surat lahir / kad pengenalan
   c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-
    a) Baca Surah Al-Fatihah 
    b) Takbir 
    c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W7. Salam & cium tangan ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca:-
 a)Surah Al-Fatihah 
 b)Takbir 
 c)Doa Penerang Hati 
 d)Selawat Ke atas Nabi Muhammad.


DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
  a)Doa Penerang hati
  b)Doa Tidak Lup
3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa, jangan panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.

















We can Understand Our Time Through The Study Of The Past

Selamat Menduduki UPSR 2013



Pastikan Anda Menjawab Dengan Tenang
SELAMAT BERJUANG  PUTERA-PUTERI SK BERTAM INDAH