Wednesday, September 14, 2011

Tahukah anda apa itu KSSR


TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah.
Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.