Thursday, April 12, 2012

Fakta Menarik Tentang Malaysia

FAKTA MENARIK 1
  1. Pelantikan Perdana Menteri Malaysia dikatakan mengambil sempena nama RAHMAN iaitu nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. 
  2. Turutannya adalah Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib .
  3. Negara Malaysia pernah dikenali dengan nama Tanah Melayu serta  Malaya, I-Tsing, Malaiur, Maliyur dan Malayo di kalangan negara China, India dan Barat.
  4. Malaysia diisytihar merdeka pada 20hb Feb, 1956 oleh Tunku Abdul Rahman di Bandar Hilir, Melaka namun kita telah memilih 31hb Ogos, 1957 sebagai hari kemerdekaan untuk Malaysia menerusi gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Singapura.
  5. Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16hb September, 1963. Ianya direka oleh En. Mohamad Bin Hamzah dari Johor Bahru. Beberapa pengubahsuaian telah dibuat dan akhirnya disahkan oleh King George VI pada 19 Mei  1950.
FAKTA MENARIK 2
  1. Pokok getah bukanlah pokok semulajadi yang tumbuh di Malaysia. Ianya telah dibawa ke negara ini oleh H.N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.
  2. Rakyat Malaysia bertutur dalam sejumlah 137 bahasa , yang mana 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung Malaysia.
  3. Wayang pertama yang ditayangkan di Malaysia ialah filem Laila Majnun pada tahun 1933 yang diterbitkan oleh Motilal Chemical Company, Singapura.
  4. Malaysia adalah negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi dan tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan.
  5. Penang Free Shool yang dibuka pada tahun 1816 merupakan sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara. Pengasasnya ialah Paderi Sparke Hutchings.
  6. Landasan keretapi pertama ialah diantara Kuala Sepetang ke Taiping yang dibina pada tahun  1885 manakala lapangan terbang yang pertama pula ialah Lapangan Terbang Sungai Besi yang dibina pada tahun 1930.
  7. “Tun” merupakan anugerah gelaran tertinggi di Malaysia dan hanya boleh dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agong Sahaja. Gelaran ini juga dihadkan kepada 25 orang penerima sahaja.
  8. Tanjung Piai yang terletak di Pontian, Johor merupakan penghujung bagi benua Asia Tenggara.
  9. Datuk Seri Najib Razak merupakan ahli kabinet paling muda apabila ditawarkan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telemunikasi dan Pos pada tahun 1978. Usia beliau pada ketika itu ialah 25 tahun.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Mutiara PDCA 2011 dan Pelancaran Mutiara PDCA 2012



Cetak

Dewan Besar Sungai Dua, 25 Februari 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan kerjasama Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPB), Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang dan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah melaksanakan Majlis Anugerah Sekolah Cemerlang MPDCA tahun 2011 dan Majlis Pelancaran MPDCA tahun 2012.
Majlis telah berlangsung pada hari Sabtu, 25 Februari 2012 bertempat di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth. YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyempurnakan acara penyampaian anugerah sekolah cemerlang tahun 2011 dan melancarkan Program Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA) tahun 2012.
Majlis ini dihadiri oleh 230 orang guru besar dan pengetua sekolah-sekolah di bawah MPDCA 2012. Majlis bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan sekolah dari segi akademik dan perjalanan kelas tuisyen cemerlang MPDCA. Majlis juga bertujuan menjalinkan hubungan yang lebih baik antara pentadbir sekolah dengan pentadbir MPDCA.
Pelbagai anugerah diberikan iaitu Anugerah Prestij Gemilang Mutiara PDCA kepada SK Bertam Indah, Anugerah Citra Emas Mutiara PDCA kepada SK Assumption dan Anugerah Citra Kejora Mutiara PDCA kepada SK Mak Mandin. Sekolah-sekolah ini menerima piala pusingan, piala iringan, ‘mock cheque’ bernilai RM 7,000 dan sijil penghargaan. Anugerah lain ialah Anugerah Sinar Mutiara PDCA kepada SK Pulau Aman yang mendapat piala, sijil penghargaan dan ‘mock cheque’ bernilai RM 3,500.
Bagi anugerah di peringkat agensi, agensi PERDA telah mengiktiraf SK Lahar Yooi dan SMK Datuk Haji Ahmad Said sebagai sekolah cemerlang dalam pengendalian aktiviti Mutiara PDCA 2011. Manakala anugerah agensi BPPB pula memilih SK Kampung Selamat dan SMK Sungai Ara; dan agensi PUZ memilih SK Batu Maung dan Madrasah Al-Aminiah untuk menerima Anugerah Khas Agensi. Sekolah-sekolah tersebut menerima ‘mock cheque’ bernilai RM 2,500, piala dan sijil penghargaan.
Acara bermula dengan kehadiran tetamu jemputan pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang.