Tanjung Bungah, Pulau Pinang : 24 Oktober 2013
Pada 19-23 Oktober 2013 telah berlangsung D-Code Camp anjuran Startup Malaysia yang melibatkan 12 buah sekolah Zon Utara yang meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Program D-Code Camp adalah untuk mendedahkan murid-murid sekolah rendah kaedah untuk membina laman web menggunakan coding. Antara perisian coding yang telah dipelajari ialah html, jquery, ruby, css dan javascript.
Pendedahan sebegini akan menjadikan murid-murid yang terlibat berfikir secara "out of box".
SK Bertam Indah telah menghantar 5 orang murid untuk menyertai kem ini terdiri daripada Amirul Hakim, Muhammad Akram, Muhammad Fikrey, Muhammad Isyraf dan Tengku Mukhriz. Pertandingan telah dijalankan oleh pihak penganjur untuk memilih 3 laman web terbaik yang akan mewakili Zon Utara untuk ke peringkat Kebangsaan. Muhammad Akram telah terpilih untuk mendapat tempat kedua dalam pertandingan yang diadakan itu. Syabas diucapkan kepada Adik Muhammad Akram kerana mampu menghasilkan laman web yang terbaik walaupun kali pertama didedahkan tentang kaedah coding ini.
Tengku Mukriz dan Muhammad Akram sedang membuat coding
Suasana di Flamingo Hotel, Tanjung Bunga, Penang
SK Bertam Indah antara sekolah Band 1 yang terpilih mewakili negeri Pulau Pinang untuk kem kali ini
Murid SK Bertam Indah bersama Blogmaster SK Bertam Indah
Muhammad Akram sedang menerima hadiah Best Personal Website (2nd runner up)
Barisan murid SK bertam Indah bergambar dengan Penyelaras Program,
Ketua Sektor ICT JPN Kedah dan Blogmaster
No comments:
Post a Comment