Monday, September 23, 2013

APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI?
(Klik untuk maklumat tambahan)

OBJEKTIF
MENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK:

Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan)

MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG:

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM:

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut.


CIRI-CIRI SBT
Pemimpin Sekolah:

•   Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan sekolah.

•   SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah.
•   Melibatkan sekolah ke peringkat antarabangsa.
•   Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
•   Sentiasa bersedia.
•   Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

GURU:

•  Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan bilik darjah dan

sekolah
•  SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan bilik darjah  dan sekolah.
•  Membantu melibatkan murid ke peringkat antarabangsa.
•  Membangunkan bakat kepimpinan murid.
•  Sentiasa bersedia.
•  Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembangunan dalam proses P&P

MURID:

• Boleh menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.

• Boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
• Berupaya mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah.
• Boleh bekerjasa dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan.
• Boleh menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan.

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN BERTERUSAN SBT:

•  Peningkatan pelan strategik, pengurusan,program akademik dan kokurikulum sokongan.

•  Peningkatan tahap prestasi( akademik,kokurikulum dan sukan)
•  Peningkatan program jalinan dengan universiti
•  Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa
•  Menjayakan lebih banyaj program yang melibatkan komuniti
• Menjadu penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain  dari dalam dan luar Negara.
• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar
• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar.
• Peningkatan jumlah murid yang memasuki Universiti dan institusi yang terkemuka.
• Peningkatan jumlah guru cemerlang
• Peningkatan program immersion untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru

PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG:

• Skor komposit yang berasaskan

• Skor GPS(pemberatan 70%)
• Skor verifikasi SKPM(pemberatan 30%)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

• Peningkatan ke taraf dunia.

• SKPM 90%
• Membina aspirasi untuk semua sekolah
• Peluasan sasaran 20 SBT menjelang 2010

KRITERIA ANNEX:



Personaliti Unggul
Rekod pembangunan kejayaan individu dan pemimpin yang berpengaruh dan sekolah baru, memberi aspirasi yang jelas untuk memupuk pemimpin

Anugerah Kebangsaaan dan Antarabangsa
Penyertaan dan pencapaian dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Jalinan Dengan Institut Pengajian Tinggi

Jalinan dengan universiti dalam program pemindahan kredit,kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.

Jaringan Kukuh

Jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan luar Negara(cth. Program pertukaran staf dan pelajar), komuniti, organisasi awam dan swasta.

Penandaarasan Kebangsaan dan Antarabangsa

Sekolah digunakan sebagai penandaarasan di peringkat kebangsaan dengan menggunakan piawaian antarabangsa(cth. PISA,TIMSS)


Monday, September 9, 2013

Tip Menjawab Soalan Sistem Bahasa UPSR

Tips Menjawab Bahasa Melayu Pemahaman UPSR
1. Kod kertas 011 (SK) / 021 (SJK C/T).
2. Masa yang diperuntukkan 50 minit sahaja.
3. Konteks sistem bahasa dalam ujian pemahaman.
A. Morfologi
i. Bentuk kata
 kata tunggal
 kata terbitan
 kata majmuk
 kata ganda
* Proses pembentukan kata Bahasa Melayu melalui:
 pengimbuhan
 penggandaan
 pemajmukan
ii. Golongan kata
 kata nama
 kata kerja
 kata adjektif
 kata tugas
B. Sintaksis
Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang
sesuai.
Ayat soalan
Ayat jawapan
Ayat sama maksud
Ayat aktif / Ayat pasif
Struktur ayat
Cakap ajuk / pindah
Ayat yang betul
Ketepatan kata
Kesalahan tatabahasa dalam ayat5
C. Peribahasa
Mengetahui maksud simpulan bahasa dan penggunaannya dalam ayat atau
penulisan.
D. Sistem ejaan
Perkara yang diberi penekanan ialah :
i. Kata asli Bahasa Melayu
ii. Ejaan kata pinjaman
iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan
4. Baca setiap soalan dengan teliti.
5. Untuk soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang
disertakan.
6. Bilangan soalan adalah sebanyak 30 daripada 40 soalan. Jenis soalan ialah;
a. Aneka pilihan mudah. Soalan memerlukan calon memilih satu jawapan betul
atau terbaik.
i. Empat opsyen jawapan A, B,C dan D
b. Aneka pilihan kompleks. Soalan memerlukan murid memilih satu gabungan
jawapan yang betul atau terbaik.
i. Empat pilihan jawapan bernombor roman
ii. Empat opsyen jawapan A, B,C dan D
7. Kata tugas dalam soalan.
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Perkataan seerti bagi
Perkataan berlawan bagi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pilih ayat yang betul.
8. Jawab soalan yang mudah dahulu.6
Tip Menjawab Soalan Pemahaman Petikan UPSR
1. Soalan pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang
dibaca. Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang
disoal.
2. Baca petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.
3. Baca soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.
4. Cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda /
menggaris isi dalam teks.
5. Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam
petikan.
6. Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih itu
benar-benar menepati kehendak soalan.
7. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis kata tanya) Membayangkan
kerencaman (kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Contoh kata tugas:
Bil Kata Tugas Respons yang Diharapkan
1 Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
2 Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu
3 Bilakah Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa
4 Di manakah Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu
peristiwa
5 Bagaimanakah Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang cara/
keadaan/ langkah/ kejadian
6 Mengapakah Memberi sebab
7 Berapakah Menyatakan kuantiti
8 Manakah Menyatakan pilihan
9 Tuliskan Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan
10 Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
huraian lanjut/huraian/sokongan
11 Ulaskan Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik
12 Pilih Membuat pilihan jawapan
13 Isikan Memasukkan jawapan yang sesuai
14 Bezakan Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau
lebih perkara
15 Bincangkan Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai
aspek
16 Catatkan Merakam sesuatu maklumat7
8. Berhati-hatilah ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap oleh teknik
penyoalan. Misalnya, soalan yang menggunakan kata kecuali, bukan, tidak benar,
lawan, seerti dan sebagainya.
9. Jangan sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan pemahaman anda tanpa
merujuki konteks ayat. Biasanya soalan-soalan yang menanyakan erti kata, lawan kata,
maksud rangkai kata dan maksud peribahasa, pemilihan katanya adalah berdasarkan
konteks ayat dalam petikan.
10.Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk tersirat. Misalnya, soalan yang
bertanyakan pendapat anda. Untuk menjawab soalan seperti ini, carilah jawapan yang
paling tepat dan logik.
11.Sekiranya terdapat soalan yang menanyakan tema, isi-isi penting dan tajuk, anda perlu
memahami petikan tersebut secara keseluruhannya untuk mendapatkan jawapannya.

Tip Menjawab Soalan Penulisan UPSR
A. Memindahkan Maklumat
1. Bacalah arahan denga teliti.
2. Teliti bahan rangsangan yang diberikan, sama ada berupa gambar tunggal atau gambar
bersiri.
3. Kenal pasti perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilihat dengan jelas dalam
gambar tersebut supaya maklumat-maklumat yang diperoleh itu adalah maklumatmaklumat tersurat sahaja.
4. Melalui penelitian bahan rangsangan tersebut, anda akan dapat mengenal pasti idea
keseluruhan gambar tersebut.
5. Binalah lima ayat yang lengkap. Anda boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
6. Nama watak boleh diguna mengikut kesesuaian.
7. Nomborkan setiap ayat yang dibina.
8. Pastikan ayat-ayat yang dibina tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan,
imbuhan dan tanda baca.

Kisah TIKUS dan KALA JENGKING

SHARING IS CARING

Alkisah ada seekor tikus yang telah terkehel kakinya dan ia perlu merentasi sebatang anak sungai yang arusnya agak deras. Tikus ini sedar bahawa dalam keadaan kakinya yang tidak kuat, nescaya ia akan dibawa oleh arus yang deras itu dan mati kelemasan. Dalam mencari jalan untuk merentasi ank sungai tersebut, ia bertemu dengan seekor kala jengking di tepi tebing sungai. Maka ia berfikir untuk meminta pertolongan dari kala jengking itu. Tikus itu pun menyapa kala jengking dan bertanya jika kala jengking itu sanggup menolongnya merentasi arus sungai yang deras ini. Kala jengking itu sanggup menolong si tikus. Namun, si tikus agak was-was dan takut jika ia disengat oleh kala jengking yang sangat berbisa itu.

Si tikus meminta kala jengking itu agar tidak menyengatnya semasa menolongnya melintasi arus sungai itu. Lagi sekali, kala jengking ini bersetuju untuk tidak menyengatnya. Maka dengan senang hati si tikus ini pun merentasi arus sungai itu sambil ditarik oleh kala jengking yang sangat berbisa. Setelah beberapa ketika, mereka berdua berjaya sampai ke seberang tebing dengan selamatnya. Si tikus pun dengan rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada si kala jengking atas kesudiannya menolongnya.

Tak kala si tikus ingin melangkah pergi, dengan tiba-tiba kala jengking yang sangat berbisa itu terus menyengat si tikus tadi. Si tikus terus rebah dan terketar-ketar menahan bisa sengatan kala jengking. Dalam mengharung kesakitan si tikus bertanya kepada si kala jengking:

Tikus: Kenapa tuan bersusah payah menolong saya menyeberangi sungai dan kemudiannya menyengat saya? Sedangkan tuan telah berjanji untuk tidak menyengat saya?

Kala jengking: Saya adalah seekor kala jengking. Dan kerana itu, saya pasti akan menyengat.

Begitulah kisah seekor tikus and seekor kala jengking. Iktibar dari kisah ini adalah untuk kita sentiasa berhati-hati bila meminta tolong pada seorang musuh. Apatah lagi jika kita membuat perjanjian dengan musuh

Tips Mengambil Peperiksaan

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. Sediakan segala peralatan untuk menulis.
  a) pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang
  b) pemadam - 2 butir
  c) pengasah pensil - 1 biji dan pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali
  d) pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang
  e) pen - 2 batang
  f)  pensil warna dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
   a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
   b) Surat lahir / kad pengenalan
   c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-
    a) Baca Surah Al-Fatihah 
    b) Takbir 
    c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W7. Salam & cium tangan ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca:-
 a)Surah Al-Fatihah 
 b)Takbir 
 c)Doa Penerang Hati 
 d)Selawat Ke atas Nabi Muhammad.


DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
  a)Doa Penerang hati
  b)Doa Tidak Lup
3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa, jangan panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.

















We can Understand Our Time Through The Study Of The Past

Selamat Menduduki UPSR 2013



Pastikan Anda Menjawab Dengan Tenang
SELAMAT BERJUANG  PUTERA-PUTERI SK BERTAM INDAH

Saturday, May 18, 2013

Hayati Kata-Kata Pujangga







SELAMAT HARI GURU


Blogmaster mengucapkan Selamat hari Guru

Kepada Semua Guru Di Malaysia terutama kepada

- Guru2 dan rakan seperjuangan di SK Bertam Indah, Kepala Batas (2005-2013)
- Guru2 di SK Mengkuang, Bukit Mertajam (1980-1985)
- Guru2 di Sekolah Abdullah Munshi, Penang (1986-1990)
- Guru2 di SMK Penanti, Kubang Semang (1991-1992)
- Pensyarah2 di Fakulti Ekonomi UKM (1993-1997)
- Pensyarah2 di IPGM Kampus Tuanku Bainun (2004)
- Pensyarah2 di Fakulti Pendidikan USM (2011-2013)

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) dari 2013-2025.





11 anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.


2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris:Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.


3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.


4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan:Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.


5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.


6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan:Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.


7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.


8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran:Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.


9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta: Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur. 


10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru. 


11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.  Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013. 


Kesimpulan:Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikanuntuk memacu perlaksanaan pelan ini.


LATEST NEWS.....

REUNION Kembali Lagi

Tarikh : 27 Mei 2013 (ISNIN)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Ruang Legar SKBI
Berminat : Sila Hubungi CIKGU BUKHORI (017-4370802)
Bayaran : RM10.00 (Bukan Kali Pertama) & RM15 (Kali Pertama Hadir)

Kaedah Bayaran 
1. Bayar di pejabat SKBI
2. Bayar sendiri kepada Cikgu Bukhori (call utk bayar)
3. Kirim kepada adik anda & Minta dia bayar kepada Cikgu Bukhori
4. Bayar di Bilik Kaunseling SKBI
5. Bayar kepada mana2 guru SKBI yang anda kenal dan minta beliau bagi dekat Cikgu Mohd Bukhori

Acara REUNION
- Ucapan Gurubesar/YDP PIBG
- Motivasi/berkongsi pengalaman bersama senior
- Motivasi Guru
- Persembahan Murid SKBI tahun 6 2013
- Jamuan

Wednesday, March 13, 2013

Melindungi Massa Instruksional

Apa itu MMI

KLIK LINK DI ATAS UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG MMI.