Saturday, February 13, 2010

Helah Penjual Laptop...Hati-Hati



Saya nak kongsikan sedikit panduan untuk anda yang merancang membeli laptop idaman, antara yang perlu dititikberatkan adalah tentang platform atau sistem operasi, paling popular...Windows lah.. Windows yang diinstall pada laptop baru biasanya Vista atau Vista yang ready untuk migrate ke Windows7... mostly ade yang optional dan ade yang provide FreeDOS (pre-linux) .. ini sedikit sebanyak akan efek retail price nanti. Pilihlah yang tanpa Windows jika mahukan laptop murah, tapi pilihlah yang siap ada Windows bagi yang tak tahu nak install sendiri. Windows yang original/berlesen akan menentukan harga laptop yang dibeli nanti. Biasanya RM259 untuk Vista Home Basic, dan RM399 untuk Vista Home Premium (nanti boleh update dan migrate ke Windows7 secara online).

Pastu, jika anda memilih untuk pakej yang ada Windows...pastikan anda diberikan CD Windows yang dibekalkan oleh manufacturernya...biasanya tertulis "Operating Syatem CD"

untuk itu...AWASSS...jangan percaya dengan helah penjual yang mengatakan tak perlunya "Operating system CD" tu dan mereka pura-pura ajarkan tekan butang tertentu untuk restore windows sebab Windows dah ada dalam laptop katanya...itu semestinya helah BOHONG. Kalau mereka berkeras kata tak perlu ada CD...cari je lah kedai lain..atau amik laptop FreeDOS yang tanpa Windows...pastu belilah Windows sendiri yang original dari microsoft...lagi senang...lain kali kalau laptop nak diformat...CD memang dah ada dengan kita.

Seperkara lagi...warranty. Warranty standard adalah 1 tahun yang meliputi international warranty..itu tak masalah. Kalau nak extend warranty sehingga 3 tahun...gini caranya...
Selepas warranty tahun pertama hampir tamat, pegilah beli pack 2 tahun warranty lanjutan dari mana-mana kedai laptop, pastikan ikut jenama laptop anda...biasanya harga dia sekitar bawah 2 ratus ringgit...lepas tu, register online SENDIRI, jangan suruh sesiapa yang buat...kecuali orang yang anda percayai sahaja....ingat...pack itu berharga RM200 dan menentukan jaminan untuk laptop anda.

No comments:

Post a Comment