Wednesday, June 15, 2011

Kelebihan Bulan Rejab


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
WALAUPUN ADA HADIS YANG LEMAH TAPI SEBARKAN UNTUK KEBAIKAN DAN MANFAAT SEMUA

    Aktiviti Terkini (Bulan Jun dan Julai) SK Bertam Indah

    Perhatian Kepada Semua Warga SK Bertam Indah....

    Berikut adalah beberapa aktiviti-aktiviti terdekat yang bakal dijalankan

    18 Jun 2011 (Sabtu) - Perkembangan Staff (Bilik Mesyuarat)
    19 Jun 2011 (Ahad) - Klinik Hoki Anjuran TNB (Padang SK Bertam Indah)
    - Klinik Bolasepak Anjuran Sinar DMaja (Stadium Bertam)
    22 Jun 2011 (Rabu) - Kejohanan Olahraga Tahunan Separuh Akhir 100M dan 200M
    25 Jun 2011 (Sabtu) - Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 (Ruang Legar SK Bertam Indah)
    2 Julai 2011 (Sabtu) - Pelancaran Program 1M1S & Larian 1M1S
    5 Julai 2011 (Selasa) - Sukantara 2011 & Sukaneka Tahap 1
    6 Julai 2011 (Rabu) - Sukantara 2011 & Sukaneka Tahap 1
    7 Julai 2011 (Khamis) - Acara Padang Akhir
    8 Julai 2011 (Jumaat) - Acara Padang Akhir
    13 Julai 2011 (Rabu) - Raptai Kejohanan Olahraga 2011
    14 Julai 2011 (Khamis) - Raptai Kejohanan Olahraga 2011
    16 Julai 2011 (Sabtu) - Kejohanan Olahraga Tahunan 2011
    17 Julai 2011 (Ahad) - Perkembangan Staff (Lawatan Ke Kuala Lumpur)
    22 Julai 2011 (Jumaat) - Program Jaringan Bersama SK Paya Terendam, Sik
    23 Julai 2011 (Sabtu) - Program Jaringan Bersama SK Paya Terendam, Sik
    26 - 28 Julai 2011 (Selasa-Khamis) - Peperiksaan Percubaan UPSR 2011


    Monday, February 14, 2011

    Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H

    [Maulidur+rasul.jpg]
    Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi, mengingati baginda dan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kita umat islam seorang nabi, pemimpin, tokoh dan segala-galanya kepada umat islam.

    Tanpa Baginda S.A.W dan pengorbanannya sudah pasti hari ini kita tidak akan mampu mengenal erti Islam, iman dan ihsan. Justeru, sebagai umatnya adalah tidak adil jika kita melupakan insan pembawa dan pejuang Islam yang sejati, Nabi Muhammad S.A.W.
    Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah melupakan umatnya hatta tatkala nyawa berada di hujung tanduk, mulut Baginda S.A.W tidak henti-henti menyebut kalimah ‘ummati, ummati, ummati’ yang menunjukkan cinta dan kasihnya Rasulullah S.A.W terhadap kita.

    Namun, apakah yang mampu umatnya berikan bagi membalas dan menghargai segala pengorbanan manusia agung tersebut? Adakah kita pada hari ini lebih mengasihi Baginda S.A.W lebih daripada diri dan keluarga sendiri? Adakah kita dapat mengenali Nabi Muhammad S.A.W sedangkan kita langsung tidak mempunyai pengetahuan terhadapnya? Persoalan ini perlu kita renungi dan jawab dengan sejujurnya bagi mengetahui sejauh mana kecintaan kita terhadap Rasulullah S.A.W.


    Sumber: Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah | MalaysiaSensasi.Net

    Tuesday, February 8, 2011

    Laluan Merentas Desa SK Bertam Indah 2011


    Merentas Desa akan berlangsung pada 11 Mac 2011 (Jumaat)

    Latihan Merentas Desa 1 : 1 Mac 2011 (Selasa)
    Latihan Merentas Desa 2 : 8 Mac 2011 (Selasa)

    Monday, January 24, 2011

    Tepuk Semangat SKBI

    Trademark terbaru SK Bertam Indah memberi semangat kepada semua warga SK Bertam Indah untuk terus maju ke hadapan. Lupakan sengketa teruskan perjuangan.
    Sesungguhnya perjuangan masih belum selesai.
    "Agi Idup Agi Ngelaban"

    Suasana Hari Pertama Persekolahan 2011

    Perhimpunana Rasmi dihadiri ratusan waris murid Tahun 1

    Murid segak dan bersemangat

    Pandangan dari udara 1


    Pandangan dari udara 2

    Gambar kenangan Jawatankuasa BKG 2010


    Belakang dari kiri:Pn Balkis,Pn Maslinda,Pn Rabaah
    Barisan tengah dari kiri: Pn Jamaliah,Pn Safiah,En Rasyiddin,Pn Umi kalsum,Pn Robiah,Cik Sarihah
    Duduk dari kiri; En Nizam (Pengerusi),Pn Hawa (Pk1),Pn Halimatun (GB),Pn Sharifah (PK2),En Sohizan (PK3)

    Sunday, January 16, 2011

    Waktu Balik Sesi Persekolahan 2011


    Perhatian untuk semua waris Sk Bertam Indah

    PRA SEKOLAH

    Isnin-12.00 tgh
    Selasa-12.00 tgh
    Rabu-12.00 tgh
    Khamis-12.oo tgh
    Jumaat-12.00 tgh

    TAHUN 1
    Isnin-1.10 ptg
    Selasa-1.10 ptg
    Rabu-12.40 ptg
    Khamis-1.40 ptg (Tasmik)
    Jumaat-12.10 ptg

    TAHUN 2
    Isnin-1.10 ptg
    Selasa-1.10 ptg
    Rabu-12.40 ptg
    Khamis-1.40 ptg (Tasmik)
    Jumaat-12.10 ptg

    TAHUN 3
    Isnin-1.10 ptg
    Selasa-1.10 ptg
    Rabu-2.10 ptg (Ko-kurikulum)
    Khamis-1.40 ptg (Tasmik)
    Jumaat-12.10 tgh

    TAHUN 4
    Isnin-2.30 ptg (Tasmik)
    Selasa-1.40 ptg
    Rabu-2.10 ptg (Ko-Kurikulum)
    Khamis-1.40 ptg
    Jumaat-12.10 tgh

    TAHUN 5
    Isnin-2.30 ptg (Tasmik)
    Selasa-1.40 ptg
    Rabu-2.10 ptg (Ko-Kurikulum)
    Khamis-1.40 ptg
    Jumaat-12.10 tgh

    TAHUN 6
    Isnin-3.00 ptg
    Selasa-3.00 ptg
    Rabu-3.00 ptg
    Khamis-3.00 ptg
    Jumaat-12.10 tgh
    Nota: Kelas Tambahan Tahun 6 setiap Isnin hingga Khamis (2.00-3.00 ptg)

    Salam Tahun Baru 2011

    Kepada semua pengunjung Blog Sk Bertam...

    Blogmaster mengucapkan selamat kembali ke sekolah (agak lambat sedikit) untuk murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6.Sementara untuk murd-murid Tahun 1 dan murid baru blogmaster mengucapkan selamat datang ke sekolah yang nan indah ini.
    Blogmaster mendoakan agar tahun 2011 SK Bertam Indah bakal diwarnai pelbagai kejayaan yang mampu memartabatkan SK Bertam Indah sebagai sebuah sekolah yang disegani di Pulau Pinang.
    Sama-samalah kita mendoakannya.
    Blogmaster sendiri masih tercari-cari kekuatan dan semangat untuk menghadapi cabaran tahun 2011 ini. Apa pun kita seharusnya redha dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada tahun 2010 yang lepas dan tabah menghadapi liku-liku perjalanan kehidupan yang mendatang.
    Kepada pentadbir,semua guru dan semua murid bersedialah untuk berjuang.......

    "we can understand our time through the study of the past"

    SALAM UNTUK SEMUA

    Friday, November 12, 2010

    Suasana Majlis Penyerahan Slip Keputusan UPSR 2010

    Hebat...ada majlis penyerahan slip keputusan..masa blogmaster ambik keputusan STPM pun tak dak majlis macam ni..

    Gembira...sebab dapat 5A kot

    Suasana sebelum terima keputusan

    Wajah-wajah murid bakal dapat 5A


    Tu dia...ramai betoi murid dapat 5A iaitu seramai 89 orang.Jumlah ni melebihi calon UPSR sesetengah sekolah..TERBAIK DI PULAU PINANG.

    Thursday, November 11, 2010

    Carta Palang Bilangan Murid Dapat Straight A dalam UPSR SK Bertam Indah




    2005 = 35 orang
    2006 = 43 orang
    2007 = 45 orang
    2008 = 53 orang
    2009 = 47 orang
    2010 = 89 0rang

    Keputusan UPSR 2010

    Salam Semua.....
    Blogmaster agak lambat update keputusan UPSR SK Bertam Indah 2010
    Walaubagaimana pun berikut ialah keputusan rasmi UPSR SK Bertam Indah

    Bilangan Calon = 210 orang (207 calon berbangsa melayu & 3 orang calon berbangsa India)

    Bilangan Murid mendapat 5A = 89 orang
    (Kalau tak salah 5A paling ramai untuk negeri Pulau Pinang. Kita terbaik untuk negeri Pulau Pinang la..)

    Bilangan Murid mendapat 4A 1B = 21 orang

    Peratus Lulus Keseluruhan = 92.6%

    Pecahan Bilangan A mengikut subjek
    BM Pemahaman = 172 murid
    BM Penulisan = 156 murid
    Bahasa Inggeris = 119 murid
    Matematik = 130 murid
    Sains = 100 murid

    Senarai nama murid cemerlang akan diupload kemudian....

    Tahniah kepada Semua Warga SK Bertam Indah terutama kepada Semua Guru SK Bertam Indah 2010. Tahun Depan maintain lagi..

    Tuesday, November 9, 2010

    Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran

    1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

    2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

    3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

    4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

    5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

    6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

    7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

    Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
    Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

    8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

    9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

    10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
    sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

    11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

    12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

    13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

    Keberkatan Surah Yaasin


    RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
    1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
    2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
    3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
    4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
    5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
    6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
    7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya..
    8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
    9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
    10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
    11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
    12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
    13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
    14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

    Untuk renungan semua,


    Siapakah orang yang sibuk ?
    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
    Siapakah orang yang manis senyumannya?
    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
    Siapakah orang yang kaya?
    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
    Siapakah orang yang miskin?
    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
    Siapakah orang yang rugi?
    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
    Siapakah orang yang paling cantik?
    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
    Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
    Siapakah orang yang mempunyai akal?
    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

    Khutbah Terakhir Rasulullah


    NABI MUHAMMAD SAW:


    "Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

    Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

    Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu . Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

    Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu . Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

    Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu .

    Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh .

    Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku .

    Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru . Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

    Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku .

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya .

    Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu."


    Sumber: Khutbah Terakhir [Wajib Baca!] | MalaysiaSensasi.Net

    Monday, November 1, 2010

    TERBARU - LAMAN WEB RASMI SK BERTAM INDAH

    SALAM UNTUK SEMUA
    Laman Web SK Bertam Indah masih dalam pembikinan. Jika anda ingin melayarinya sila ke alamat berikut : http://skbi.webs.com/ atau www.skbi.webs.com
    Segala maklumat terkini akan dimuatkan dalam Laman Web ini. Laman web ini dijangka siap sepenuhnya sebelum tahun 2011.
    Terima kasih kepada semua pengunjung blog Sk Bertam Indah.



    Friday, October 22, 2010

    Majlis Graduasi Tahun 6

    Perhatian Kepada Semua Alumni SK Bertam Indah (Bekas Murid SK Bertam Indah) anda dialu-alukan untuk menghadiri Majlis Graduasi Tahun 6 2010 yang bakal diadakan pada 20 November 2010.Bayaran dikenakan ialah sebanyak RM25.00 setiap seorang.

    KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA HUBUNGI 017-4346751
    (Cikgu Umi Kalsum Bt Ismail)



    Wednesday, September 29, 2010

    Program Cyclethon 2010

    Butiran kayuhan :
    - Terbuka kepada “road bike ” dan mountain bike“. Keseluruhan kayuhan menggunakanjalan bertar.
    - Kayuhan adalah bertujuan untuk kutipan tabung PIBG SK Bertam Indah dan bercorak“funride” sepenuhnya disamping menggalakkan aktiviti berbasikal untuk kesihatan.
    - Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran penyertaan RM30.00. Semua peserta yangberdaftar akan mendapat sehelai T-shirt, makan tengahari dan peluang memenangicabutan bertuah.

    Anjuran:
    Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bertam Indah
    13200 Kepala Batas, Seberang Perai

    Acara:
    - Kayuhan pelajar-pelajar SK Bertam Indah diiringi motosikal berkuasa tinggi (10 km)
    - Kayuhan peserta “Happy Ride With Teachers”(30 km +/-)
    - Cabutan Bertuah

    Date: 16th October 2010, Saturday
    Starting Time: 7.30am
    Venue: Kepala Batas, Seberang Perai
    Registration Fees: RM30
    Distance: Student - 10km, Adult - 30km
    Untuk pertanyaan sila hubungi :
    Cikgu Hawa binti Mat Yazid - 0134386378 /SM Yaakob - 0194118908

    For more info and download form , refer to Official Website

    Tuesday, September 28, 2010

    Hari Ko-Kurikulum 2010

    INFO TERKINI

    HARI KO-KURIKULUM 2010 SK BERTAM INDAH AKAN DIADAKAN PADA 9 OKTOBER DI PERKARANGAN SK BERTAM INDAH.
    SEMUA WARGA KEPALA BATAS DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN KARNIVAL INI.

    ACARA-ACARA MENARIK YANG BAKAL BERLANGSUNG
    - PERTANDINGAN SUKAN
    - JUALAN GERAI
    - PAMERAN
    - CELCOM
    - FLYING FOX
    - MENCERAP BINTANG
    - MENCERAP MATAHARI
    - DLL