Monday, July 5, 2010

Sejarah Pulau Pinang


Sejarah Pulau Pinang berkait rapat dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepadaSyarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kapten Francis Light: Pengasas atau perampas?

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolarSepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam PersekutuanMalaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ - 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Tuesday, June 29, 2010

Malam Sejuta Penghargaan...Terima Kasih Cikgu



Kepala Batas- 27 Jun 2010
Malam Sejuta Penghargaan...Terima Kasih Cikgu anjuran Parlimen Kepala Batas telah diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas Pulau Pinang sebagai menghargai sumbangan guru-guru di kawasan Kepala Batas.Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bertindak sebagai Wakil Rakyat Kepala Batas.Pada malam tersebut SK Bertam Indah telah dianugerahkan sebagai sekolah rendah terbaik daerah Kepala Batas sama ada dari segi akademik mahupun ko-kurikulum. Dari segi akademik SK Bertam Indah memperolehi kelulusan 91% UPSR 2009 dan 53 orang murid mendapat 5A. Manakala dari segi ko-kurikulum pelbagai kejayaan dikecapi seperti Pusat Sumber Terbaik Negeri Pulau Pinang dan Naib Johan Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas 2010.
Malam tersebut dimeriahkan dengan persembahan koir SK Bertam Indah dan artis undangan M. Nasir.Anugerah untuk guru-guru yang masih berkhidmat dan telah bersara diberikan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru-guru di kawasan Kepala Batas.

Kumpulan koir SK Bertam Indah sedang membuat persembahan

Persembahan bertenaga...walaupun baru ditubuhkan 2 hari

Pengerusi Majlis bersama M. Nasir

Blogmaster,Kaunselor dan Pengerusi BKG bersama sifu M.Nasir

Peminat-peminat fanatik M. Nasir

Penyelaras Pusat Sumber(bermulut merah) bersama PK HEM

Pengerusi Majlis pun tenaga pengajar dari SK Bertam Indah....cayalah

Geng makan banyak

Guru Besar (berdiri) bersama-sama guru-guru yang sedang diet


Gambaran dari jauh persembahan koir dari Kumpulan Koir SK Bertam Indah dibawah pimpinan Cikgu Mohd Zamri dari SK Kepala Batas

Tuesday, June 1, 2010

Tarikh-Tarikh Peperiksaan & Ujian 2010

Maafkan Cikgu...

Cerita ini boleh kita jadikan iktibar dan petua untuk lembutkan hati kita untuk kebaikan bersama.

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”

Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

8C dibenci Suami


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah…..
dari Dr Fadillah Kamsah

Petua 8P untuk tatapan Suami-Isteri

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak

2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak

3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje

4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????

8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

“sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat”

Battlebot Challenge 2010

Pemenang bersama robot masing-masing
Robot sedang bertempur diadili oleh hakim
Peserta sedang menguji robot
Kakitangan PINTAR membantu peserta memasang robot

Bertam - 31 Mei 2010
Pertandingan Battlebot peringkat SK Bertam Indah telah diadakan oleh kakitangan PINTAR. Seramai 16 kumpulan yang terdiri dari murid-murid tahun 5 dan tahun 6 telah mengambil bahagian. Battlebot Challenge ini sebenarnya satu pertandingan yang menjana kreativiti murid-murid yang terlibat untuk membina robot yang paling kuat apabila bertempur. Berikut adalah keputusan Battlebot Challenge
Johan : 6Berlian4
Naib Johan : 5Berlian4
Tempat Ke3 : 6Mutiara2
Pemenang akan mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat Zon Pulau Pinang yang akan berlangsung dalam bulan oktober nanti. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Program Motivasi & Teknik Menjawab Tahun 6 2010

Ceramah Motivasi Disampaikan Oleh Pakar Motivasi
Teknik Menjawab Matematik
Teknik Menjawab Matematik
Teknik Menjawab Matematik

Bertam - 26 Mei 2010
Program Motivasi & Teknik Menjawab untuk murid tahun 6 telah diadakan didua tempat berasingan iaitu di MPC Bertam dan di Bilik Mesyuarat SK Bertam Indah. Program yang bertujuan untuk memotivasikan mereka kearah kecemerlangan dan memupuk semangat kerjasama di kalangan murid tahun 6 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan dengan terlaksananya program ini memberi impak positif kepada semua murid tahun 6 untuk memperolehi kejayaan cemerlang dalam UPSR nanti.

Monday, May 24, 2010

Keputusan Anugerah Bintang Sempena Sambutan Hari Guru SK Bertam Indah 2010

Berikut adalah 10 Anugerah Bintang sempena sambutan hari guru SK Bertam Indah 2010. Anugerah ini adalah hasil undian hampir 1000 murid SK bertam Indah

Guru Paling Popular : Pn Halimatun Saadiah Said
Guru Paling Baik : Pn Wan Azizah Abd Rahman
Guru Paling Sporting : Pn Sukarti Tasrid
Guru Paling Rajin : En Mohd Nizam Mustafa
Guru Paling Penyayang : Pn Umi Nadzrah Mohd Hadri
Guru Paling Cantik : Pn Shumaimah Abd Aziz
Guru Paling Handsome : En Rasyiddin Mohd
Guru Paling Kreatif : Pn Noorain Najmuddin
Guru Berpenampilan Paling Menarik : Pn Hawa Mat Yazid
Guru Paling Garang : Tn Hj Mohd Noor Abdullah

dan satu lagi depa tak masukkan Guru Paling Glamer : Sapa Lagi BLOGMASTER SKBI la.....he3

Keputusan Ujian & Peperiksaan 2010

Salam....
Anda boleh download keputusan ujian selaras 1 dan UPTP 1 kedalam PC atau laptop anda sekarang. Selamat download..

Tuesday, April 27, 2010

Antara murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah


Pasukan 4x100m yang memenangi pingat dalam acara jemputan Kejohanan Olahraga SK Permatang Bertam. Dibarisi murid tahun 3 hingga tahun 5 mereka mampu mengalahkan peserta-peserta daripada sekolah lain.

Kuartet 4x100m lelaki memenangi pingat perak


Lawatan Bas PINTAR





Bertam- 20 April 2010
Sebuah bas yang dipenuhi inovasi-inovasi terkini yang berteraskan teknologi terkini telah datang dan singgah di SK Bertam indah bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Bas yang ditaja oleh TNB mengendalikan program PINTAR TNB ini telah mengadakan pameran-pameran kepada murid-murid SK Bertam Indah disertai kakitangan TNB yang terlibat dalam program PINTAR ini.

Kejohanan Olahraga Kali Ke -8


Gaya terbang lompat jauh


Petugas-Petugas yang berdedikasi

Lompat tinggi gaya berenang

Acara 100M

Bertam - 10 April 2010
Kejohanan olahraga SK Bertam Indah telah berlangsung dengan meriahnya. Buat pertama kali diadakan di padang SK Bertam Indah, kejohanan kali ini dimulakan dengan perbarisan kontijen rumah sukan dan unit beruniform bersama kontijen pancaragam dari SMK Badawi. Pelbagai acara balapan, padang dan sukaneka diadakan dengan disertai oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kerjasama daripada semua guru SK Bertam Indah telah menjadikan kejohanan olahraga kali ini berjalan lancar.Sekalung tahniah daripada webmaster untuk PKKK En. Sohizan B Bakar dan Pn. Sukarti Bt Tasrid sebagai perancang utama dan tidak lupa kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah menjayakan kejohanan kali ini.
Johan keseluruhan : Rumah Tun Dr Mahatir
Johan Perbarisan (Rumah Sukan) : Rumah Tun Abdul Razak
Johan Perbarisan (Badan Beruniform) : TKRS
Olahragawan : Mohd Hafiz Halmizan - Rumah Tunku Abdul Rahman
Olahragawati : Nur Zahirah Zakeri - Rumah Tun Abdul Razak


Monday, April 5, 2010

Berita Terkini - Olahraga MSSPP

Kepala Batas - Seramai 7 murid SK Bertam Indah telah terpilih mewakili zon Kepala Batas dalam Kejohanan Olahraga MSSPP yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 April 2010 di Stadium Bertam, Kepala Batas. Berikut adalah nama murid tersebut dan acara terlibat.
1. Nur Zahirah Zakeri - 100M, 200M, 4x100M, 4x200M
2. Nurin Awatif Sohizan - Lompat Kijang
3. Nur Iman Suraya Jaafar - Lompat Jauh
4. Nur Shafiqah Zainuddin - Lompat Jauh
5. Siti Noraini Zainon - 80M Lari Berpagar
6. Mohd Aliff Rushdi - Lontar Peluru
Syabas diucapkan dan didoakan mudah-mudahan mereka berjaya membawa pulang pingat dan kalau mampu mewakili negeri Pulau Pinang. Insyaallah.

Sunday, March 28, 2010

Berita Tekini Dari Megalanes

Butterworth (29/3/2010) : Berita terkini sempena Kejohanan Tenpin Boling MSSPP 2010. Acara perseorangan lelaki dan perempuan bawah 12 tahub.Berikut senarai nama pemenang pingat.
Nur Najwa Syifaa Bt Mahamud - Tempat ke-3
Wan Nurhusna Khaleeda Wan Yazman - Tempat ke-6
Mohd Darwis B Mohd Jamil - Tempat ke-8
Acara beregu dan berpasukan akan berlangsung pada hari khamis & jumaat ini.

Monday, March 22, 2010

MENGAPA ORANG EROPAH LEBIH TINGGI BERBANDING ORANG ASIA??

Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek. Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.

Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi. Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan “MENURUT SAINS”. Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah “Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? ”.

Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!! Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:

Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainya??

  1. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??
  2. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.
  3. Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
  4. Ramai orang Indonesia yang bekerja diMalaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
  5. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.
  6. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
  7. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.
  8. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5’ 11” atau lebih tinggi lagi.

Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??

Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

Cerita dari Hamba Allah (Laman web emjay)

Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5’ 4”. Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5’ 11”. Kejadian Allah ada sunnatullahnya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.

Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5’ 11’ sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi.

Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.

Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentinya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.

Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.

Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.

Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia. Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.

Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.

Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.


Sekian untuk kali ini.

APRIL FOOL bakal mendatang, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!


Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah

Sekitar Suasana Lawatan Hakim Untuk Pertandingan PSS terbaik Pulau Pinang 2010

Bertam 22 Mac 2010 : Lawatan Hakim sempena pertandingan PSS terbaik Pulau Pinang telah berlangsung pada hujung bulan februari yang lalu. Hasil daripada lawatan tersebut pelbagai pujian dan teguran dibuat bagi memantapkan PSS Sk Bertam Indah. Keputusan yang dinanti-nanti telah diumumkan di mana SK Bertam Indah telah terpilih sebagai PSS terbaik kategori sekolah rendah Pulau Pinang 2010 dan menjadi wakil untuk ke pertandingan ke peringkat kebangsaan.
Syabas untuk "team" PSS Sk Bertam Indah dan semua guru serta kakitangan SK Bertam Indah.

Salah seorang hakim sedang meneliti carta-carta

Hakim-Hakim sedang mendengar penerangan dari team PSS diketuai oleh Guru Media Pn Noorsiah Mohd Noor (baju hijau).

Gurubesar Pn Halimatun Saadiah Bt Said juga tidak ketinggalan memberi taklimat kepada Ketua Hakim dari PKG.

Suasana Semasa Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas 2010

Kepala Batas 21 Mac : Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas 2010 telah berlangsung pada 9hb-11hb Mac 2010 di Stadium Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang dengan disertai oleh 35 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah. SK Bertam indah menjadi Naib Johan keseluruhan dengan membawa pulang 5 emas 6 perak dan 2 gangsa.

Atlit-atlit berdebar-debar menunggu giliran untuk bertanding. Atlit SK Bertam Indah masih mampu tersenyum.
Segak bergaya kontigen perbarisan SK Bertam Indah (berbaju ungu) diketuai oleh pembawa bendera Adik Mohd Aliff Rusydi
Sebahagian atlit SK Bertam Indah bersama PKKK En.Sohizan Bakar (berdiri belakang baju kuning) .Turut serta Pengurus Pasukan En.Mohd Nizam Mustafa (duduk kiri baju hijau),Jurulatih En Mohd Effendy Abdullah(Duduk kanan baju oren) dan Guru Pengiring Pn Muna Dato Yusof (baju hijau) dan Pn Hasnah Abdullah(baju merah)
Dari kiri: Nurin Awatif Bt Sohizan (Olahragawati Zon Kepala Batas dimana memenangi emas Lompat Kijang dan memecahkan rekod kejohanan serta Perak acara 4x100M dan 4x200M), Nur Zahirah Bt Zakeri (Ratu Pecut di mana memenangi emas 100M dan 200M serta Perak 4X100M dan 4X200M), En Mohd Nizam Mustafa (Pengurus Pasukan)

Thursday, March 11, 2010

Berita Terkini - Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas

Kepala Batas -11 Mac 2010
SK Bertam indah telah menjadi Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas 2010. SK Bertam Indah telah berjaya membawa pulang 5 Emas 6 Perak dan 2 Gangsa di mana hanya kurang 1 pingat emas untuk menjadi Johan Keseluruhan Sekolah Rendah.Pencapaian ini adalah yang terbaik sejak SK Bertam Indah ditubuhkan pada 2003. Kejayaan adalah dengan dorongan dan strategi daripada Penolong Kanan Ko-Kurikulum En Sohizan Bakar di mana meletakkan 4 guru sebagai jurulatih iaitu En Mohd Nizam Mustafa, En Mohd Effendy Abdullah, Pn Hasnah Abdullah dan Pn Muna Yusof. Kejayaan ini menebus kekecewaan dalam acara bolasepak yang terpaksa pulang awal setelah mengalami kekalahan pada pusingan pertama.
Pencapaian yang membanggakan ini juga diceriakan apabila Olahragawati Zon Kepala Batas turut digondol oleh murid SK Bertam Indah iaitu Nurin Awatif Bt Sohizan yang telah memenangi pingat emas dan memecahkan rekod kejohanan dalam acara lompat kijang perempuan kelas 3. Seorang lagi murid SK Bertam Indah Nur Zahirah ditabalkan sebagai ratu pecut kategori perempuan kelas 3 apabila memenangi pingat emas acara 100m dan 200m disamping pingat perak acara 4 x 100m dan 4 x 200m.
Selari dengan misi sekolah yang mensasarkan SK Bertam Indah akan menjadi sekolah cemerlang dalam segala bidang pada tahun 2010, kejayaan ini diharap membakar semangat agar kejayaan akan berterusan pada tahun 2010 tidak kira samada dari segi kurikulum mahupun ko-kurikulum.

Sunday, March 7, 2010

Koleksi Gambar Semasa Perhimpunan Pagi


Dari kiri: En Bukhori,En Effendy,En Ishak, En Rasyiddin


Dari kiri: En Sohizan (PKKK), Ketua Balai Polis Kepala Batas, Pn Halimatun (GB), Pn Hawa (PK1), Pn Sharifah (PK HEM)

Kedudukan SK Bertam Indah melalui satelit



Terletak hanya 1 km dari susur keluar Bertam/Kepala Batas Lebuhraya Utara-Selatan.

Sunday, February 28, 2010