Monday, July 5, 2010
PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ - 27 Rejab
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
Tuesday, June 29, 2010
Malam Sejuta Penghargaan...Terima Kasih Cikgu
Tuesday, June 1, 2010
Maafkan Cikgu...
Cerita ini boleh kita jadikan iktibar dan petua untuk lembutkan hati kita untuk kebaikan bersama.
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”
Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
8C dibenci Suami
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah…..
Petua 8P untuk tatapan Suami-Isteri
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak
2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak
3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje
4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????
8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
“sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat”
Battlebot Challenge 2010
Bertam - 31 Mei 2010
Program Motivasi & Teknik Menjawab Tahun 6 2010
Bertam - 26 Mei 2010
Monday, May 24, 2010
Keputusan Anugerah Bintang Sempena Sambutan Hari Guru SK Bertam Indah 2010
Keputusan Ujian & Peperiksaan 2010
Tuesday, April 27, 2010
Antara murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah
Lawatan Bas PINTAR
Bertam- 20 April 2010
Kejohanan Olahraga Kali Ke -8
Bertam - 10 April 2010
Monday, April 5, 2010
Berita Terkini - Olahraga MSSPP
Sunday, March 28, 2010
Berita Tekini Dari Megalanes
Monday, March 22, 2010
MENGAPA ORANG EROPAH LEBIH TINGGI BERBANDING ORANG ASIA??
Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek. Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.
- Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??
- Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.
- Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
- Ramai orang Indonesia yang bekerja diMalaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
- Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.
- Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
- Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.
- Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5’ 11” atau lebih tinggi lagi.
Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.
Cerita dari Hamba Allah (Laman web emjay)
Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5’ 4”. Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5’ 11”. Kejadian Allah ada sunnatullahnya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.
Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5’ 11’ sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi.
Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.
Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentinya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.
Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.
Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.
Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia. Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.
Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.
Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.
Sekian untuk kali ini.
APRIL FOOL bakal mendatang, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Sekitar Suasana Lawatan Hakim Untuk Pertandingan PSS terbaik Pulau Pinang 2010
Suasana Semasa Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas 2010
Thursday, March 11, 2010
Berita Terkini - Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas
Sunday, March 7, 2010
Koleksi Gambar Semasa Perhimpunan Pagi
Dari kiri: En Bukhori,En Effendy,En Ishak, En Rasyiddin
Dari kiri: En Sohizan (PKKK), Ketua Balai Polis Kepala Batas, Pn Halimatun (GB), Pn Hawa (PK1), Pn Sharifah (PK HEM)
Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 27, 2010
Rasulullah Ikutan Terbaik
Ternyata kekentalan dan ketinggian peribadi Nabi Muhammad SAW adalah hasil daripada tarbiah ruhiyyah dan jasadiyyah yang diasaskan kesungguhan kedua ibu bapanya.
Ketabahan ibunya Siti Aminah menghadapi saat getir sebagai ibu tunggal selepas kematian suaminya memberikan contoh dan teladan secara langsung kepada Baginda dalam menghadapi detik sukar serta menyedihkan.
Justeru, ketabahan itu diterjemahkan ketika Rasulullah SAW menghadapi kematian dua insan tersayang iaitu isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib dengan tabah.
Contoh dan teladan itu wajar dicontohi remaja terutama ketika menghadapi saat getir atau musibah. Kesedihan adalah dugaan dan ujian Allah bagi menduga ketabahan serta keimanan umat-Nya.
Apabila ketabahan Rasulullah SAW diambil kira, maka golongan pelapis kepemimpinan negara akan lebih matang dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan hebat. Selain itu, proses tarbiah ruhiyyah dan jasadiyyah terhadap keunggulan peribadi Rasulullah SAW diteruskan melalui peristiwa besar ketika Baginda berumur empattahun apabila dadanya dibedah.
Penyucian hati serta segumpal darah hitam dikeluarkan daripada tubuhnya membuktikan seorang tokoh itu seharusnya mempunyai peribadi bersih, suci zahir dan batin.
Ini jelas isyarat bagi seorang pemimpin muda khususnya untuk melakukan pembersihan sifat dalaman melalui tarbiah rohaniah dengan memperbanyakkan solat serta amalan kerohanian berterusan seperti zikir dan qiamullail.
Selepas melewati usia remaja, sebagai belia yang unggul peribadinya, Rasulullah SAW memegang tanggungjawab besar sebagai individu yang membantu perniagaan usahawan bernama Khadijah binti Khuwailid.
Ternyata sifat amanah Baginda menghasilkan laba dan keuntungan menakjubkan pemilik perniagaan itu. Melalui pembantu Khadijah, Maisarah, rahsia hebat Rasulullah SAW mengendalikan perniagaan diperhatikan.
Tutur kata baik serta menjalankan perniagaan tanpa penipuan adalah resipi kejayaan Baginda. Amat menarik, sifat amanah dan bertanggungjawab Nabi Muhammad membuatkan Saidatina Khadijah terpikat kepadanya.
Rasulullah SAW sudah menetapkan asas kukuh bagi peribadi anak muda yang ingin bergerak aktif dalam bidang perniagaan. Walaupun kekurangan dalam aspek pengalaman, tetapi amanah dan sifat bertanggungjawab pastinya menjadi azimat mujarab untuk usahawan muda menghadapi cabaran dunia perniagaan.
Bersifat adil dan bersederhana bakal menjanjikan corak kepemimpinan berkualiti. Tidak bersikap tamak pula dapat mengelakkan kes penipuan seperti tawaran pekerjaan dan perniagaan di luar negara yang tidak diketahui maklumat jelas mengenainya.
Selanjutnya, kita tidak harus melupakan kepada fakta bahawa Baginda Rasulullah SAW menerima wahyu kenabian ketika umurnya masih dalam lingkungan 40-an iaitu umur
belia meniti peringkat kematangan seorang dewasa.
Umum mengetahui bahawa Baginda menerima amanah pertama perintah Iqra’ dalam keadaan gementar, namun kematangan dan kepintaran Saidatina Khadijah menenangkannya menguatkan kembali semangat junjungan besar kita untuk menerima tanggungjawab diberikan.
Situasi dan corak kepemimpinan negara sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa pemimpin muda kianmendapat tempat untuk diletakkan sebagai pemimpin sesebuah organisasi. Amanah yang diberikan ternyata cukup besar, namun berguna bagi mempercepatkan proses kematangan mereka.
Bagi seorang anak muda, perasaan gementar dan gemuruh apabila diberi tanggungjawab besar adalah suatu perasaan yang sedikit sebanyak mengganggu emosi dan tumpuan.
Seperti sokongan Saidatina Khadijah terhadap Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama dijadikan teladan, bermakna anak muda kita memerlukan sokongan dan dorongan supaya terus tenang, tabah menerima apa juga amanah diberikan.
Terlalu banyak teladan dan contoh ikutan ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW buat pedoman remaja dan belia. Sesungguhnya kehidupan seorang pemuda dan pemudi Islam tidak dapat lari daripada menjadikan Rasulullah SAW sebagai model ikutan sepanjang zaman.
Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...
1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...
Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .
Seminggu selepasnya
FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya
hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.
scroll sampai bawah.....
lagi....
lagi...
lagi...
Hang dok buat apa la ni......asyik dok buka internet ja.....hang pi buat kerja nu!!!
Selingan
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil.
Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek.
Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... .
SCROLL DOWN....
NAME : ............ .........
SCHOOL : ............ .......
CLASS : ............ ........
SEX :........... ............
Ish ish ish.. Ayah yg bengong @ anak yg kurang ajar…fenin2…..
Makna sebenar IDOL
Makna sebenar IDOL
Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.
Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :
1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.
Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu taksub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.
Keajaiban MS WORD Petunjuk Kepada Peristiwa 11 Sep
Cuba buat n tengok....
1. Bukak Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY ..Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar World Trade Centre tu..
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS. Apa yang korang nampak? Allahuakbar ..sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ...
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) . kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ... dah cube dah mmg betul
SUBHANALLAH. ...
Cubalah...dan sebarkan...
Tuesday, February 23, 2010
Perasmian SK Bertam Indah
Telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pada 29 Mac 2009.













