Tuesday, March 20, 2012

Apa itu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Sekolah Berprestasi tinggi  ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.

Apa itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah?

Sekolah Nak Dibuka : Apa Itu KSSR
KSSR lengkapi kemahiran hadapi cabaran
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.
Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? 
Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.
Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.
Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283.
S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?
J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.
S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
Berita Harian Online: 29 Disember 2011
Maklumat Terkini KSSR sila layari laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum BPK

Tawaran New Deals

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK BERTAM INDAH...

di atas penerimaan

Tawaran New Deals untuk kali yang ke 2

Kira-kira 14,000 warga pendidik peringkat sekolah rendah menerima manfaat daripada Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) bagi tahun kedua semalam, sejak ia diperkenalkan kepada pengetua dan guru besar di bawah sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan pada 2010.
BITB bernilai hampir RM15 juta itu diagihkan kepada 403 sekolah sekolah rendah di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 300 adalah Sekolah Kebangsaan (SK), 43 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 51 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), lima Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sebuah Sekolah Orang Asli.
Majlis penganugerahan Tawaran Baru Guru Besar (TBGB) 2011 itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bahagian Teknologi Pendidikan, di sini, semalam. Di bawah tawaran itu, setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, manakala lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan bakinya RM900 seorang. Selain itu, kakitangan sokongan layak menerima RM500 seorang.
 
PERLAKSANAAN BITB
Tawaran Baru dilaksanakan menerusi langkah menyenaraikan kedudukan sekolah berdasarkan kombinasi pencapaian sekolah dalam Gred Purata Sekolah dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai Skor Komposit Sekolah. Pengetua dan guru besar yang melepasi sasaran ditetapkan, akan dikenal pasti oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) untuk dilaksanakan verifikasi. Selepas disahkan pengetua dan guru besar serta memenuhi syarat, mereka boleh dipertimbangkan untuk pemberian BITB. – BH

Teknik Menjawab Sains UPSR


Teknik Menjawab Sains UPSR


JENIS-JENIS SOALAN DAN CARA MENJAWAB

1.         PEMBOLEHUBAH/DUA MAKLUMAT
a.-        Pembolehubah Dimanipulasi   ( PD )  - Benda yang berbeza/tidak sama/tidak serupa/berlainan.
b-         Pemboleubah Bergerakbalas   ( PB )   - Hasil ujikaji.
c-         Pembolehubah Dimalarkan     ( PDM) – Benda yang sama/tidak berubah.

Pembolehubah akan ditanya  dalam lima keadaan soalan.

i.                    Jadual Kiri Kanan.

Bilangan sel kering   (PD)
Kecerahan mentol   (PB)



ii.                  Jadual atas bawah

Ketebalan (mm)                 (PD)




Masa Pengeringan (minit )      (PB)






2.                            HIPOTESIS/HUBUNGAN/PERKAITAN/KESIMPULAN.
Semakin            +          Unit     +          PD       +         
Semakin            +          Unit     +          PB.

                       Contoh:-
                       Semakin (besar)(Luas permukaan)
                       Semakin (cepat)(masa pengeringan air)

3.                            TUJUAN EKSPERIMEN.
Untuk mengkaji hubungan antara ( PD) dengan ( PB )

4.                          CORAK / POLA
Menaik,mendatar,menurun
Contoh :-
14,15,16,18,18,14,13
menaik ,mendatar,menurun

5.                          RAMALKAN
i.      Ramalkan ditengah
ii.    Ramalkan didepan.
iii.  Ramal KBKK
     5                 5                  5                 5                 5                 5
5
10
15
20
25
30
35
4
8
12
16
20
24
28
                 4                  4                4                   4                 4                 4
                      
                 ½ dari beza  (PB)
                 ½ dari 4 = 2

6.                          RUMUSAN
Disertakan dengan perkataan “ Paling”

Jumlah Baja(g)
5
10
15
20
25
30
35
40
Bilangan Buah(Biji)
11
13
15
15
13
11
9
7
Contoh:-

Pada berat baja 15g hingga 20g  merupakan paling banyak  pokok menghasilkan buah iaitu 15 biji.

Teknik Menjawab Sains UPSR


Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR 
 1.  Baca soalan dengan teliti sebanyak 2 kali
 2.  Analisa Jadual / Gambarajah / Graf
      2.1 Kaji fakta di dalam jadual
      2.2 Rangsangan pada gambarajah
      2.3 Tafsir graf (banding beza)
 3.  Elakkan jawapan dengan ayat yang panjang atau 
      kenyataan umum.
 4.  Gunakan maklumat / rangsangan yang diberikan dalam
      soalan.
 5.  Gunakan laras bahasa yang sesuai, tepat, dan ringkas.
 6.  Gunakan bahasa / istilah saintifik.
 7.  Jawapan mesti menepati konsep sains.
 8.  Anggaplah pemeriksa tidak tahu tentang sains.
 9.  Ingat, terdapat jawapan di dalam soalan.
10. Jangan banyak membuang masa pada soalan yang susah.
11. Sikap mesti positif, sentiasa semak soalan / jawapan.
12. Agihan masa Bahagian A (45 minit) dan Bahagian B
     (30 minit)
13. Banyakkan latihan menjawab soalan mengikut masa
      sebenar.
Pemarkahan
Bahagian A
Lulus
Gagal
15-30
0-14
Daripada 30 soalan
Bahagian B
A
B
C
Gagal
15-20
10-14
5-9
0-4
Daripada 20 markah
Terdiri daripada 30 soalan
   aneka pilihan.
Pelajar perlu betul 
   sekurang-kurangnya 15 
   soalan untuk layak lulus. 
Peratus 30 soalan betul
   ialah 60%.
Bagi setiap soalan, 
   hitamkan satu ruang 
   sahaja  pada kertas 
   jawapan.
Masa 45 minit.
Jenis soalan: 
   # aneka pilihan.
   # aneka pelengkap.
Terdiri daripada 4 atau 5 
   soalan struktur. 
Pelajar perlu markah:
   5-9 untuk lulus C, 
   10-14 untuk lulus B, 
   15-20 untuk lulus A. 
Pelajar perlu menjawab
   di dalam ruang kertas 
   soalan. 
Masa 30 minit.
4 kemahiran proses sains:
   # membuat inferens
   # membuat hipotesis
   # membuat ramalan
   # mentafsir maklumat

Lawatan Penanda Aras Ke SK Setiawangsa, Kuala Lumpur

Meninjau Pusat Sumber SK Setiawangsa

Guru Besar SK Setiawangsa En Roslan Madun sedang memberi penerangan 

Kelihatan guru-guru sedang mendengar taklimat daripada Guru Besar SK Setiawangsa

Rombongan juga melawat Kompleks Seri Perdana di Putrajaya

Guru-Guru Sk Bertam Indah Di hadapan Pintu Masuk Seri Perdana, Putrajaya