Tuesday, March 20, 2012

Tawaran New Deals

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK BERTAM INDAH...

di atas penerimaan

Tawaran New Deals untuk kali yang ke 2

Kira-kira 14,000 warga pendidik peringkat sekolah rendah menerima manfaat daripada Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) bagi tahun kedua semalam, sejak ia diperkenalkan kepada pengetua dan guru besar di bawah sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan pada 2010.
BITB bernilai hampir RM15 juta itu diagihkan kepada 403 sekolah sekolah rendah di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 300 adalah Sekolah Kebangsaan (SK), 43 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 51 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), lima Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sebuah Sekolah Orang Asli.
Majlis penganugerahan Tawaran Baru Guru Besar (TBGB) 2011 itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bahagian Teknologi Pendidikan, di sini, semalam. Di bawah tawaran itu, setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, manakala lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan bakinya RM900 seorang. Selain itu, kakitangan sokongan layak menerima RM500 seorang.
 
PERLAKSANAAN BITB
Tawaran Baru dilaksanakan menerusi langkah menyenaraikan kedudukan sekolah berdasarkan kombinasi pencapaian sekolah dalam Gred Purata Sekolah dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai Skor Komposit Sekolah. Pengetua dan guru besar yang melepasi sasaran ditetapkan, akan dikenal pasti oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) untuk dilaksanakan verifikasi. Selepas disahkan pengetua dan guru besar serta memenuhi syarat, mereka boleh dipertimbangkan untuk pemberian BITB. – BH

No comments:

Post a Comment