Monday, February 22, 2010

Beberapa Kelainan SK Bertam Indah


Penternakan arnab dan ayam serama


Penternakan ikan keli



Galeri gemilang menghimpunkan koleksi-koleksi piala yang dperolehi. Sukar untuk dipercayai kerana baru hanya 7 tahun (2003)penubuhannya, SK Bertam Indah telah memperolehi pelbagai kejayaan samada diperingkat akademik ataupun ko-kurikulum. Antara kejayaan besarnya ialah:
1. Sekolah Pencapaian terbaik UPSR Parlimen Kepala Batas selama 5 tahun berturut-turut samada dari segi kualiti 5A atapun Peratus Lulus Keseluruhan.
2. Memenangi Tempat ke 3 Bilik BOSS negeri Pulau Pinang.
3. Pingat Perak untuk Pra Sekolah negeri Pulau Pinang.
4. Naib Johan Kejohanan Boling Padang Kebangsaan 2008 yang berlangsung di Bukit Kiara.
5. Olahragawati MSSPP Zon Kepala Batas 2008.
6. Johan kuiz kesihatan Negeri Pulau Pinang selama 2 tahun berturut-turut.
7. Johan Kalam Jamaie Peringkat Negeri Pulau Pinang selama 2 tahun berturut-turut.
dan banyak lagi kejayaan yang telah dikecapi.



Taman mini memaparkan flora dan fauna


Galeri Warisan - menghimpun koleksi barang-barang lama yang sukar diperolehi pada masa kini. Barangan ini menjadi satu koleksi sentimental.

Webmaster akan memaparkan beberapa lagi kelainan SK Bertam Indah pada posting akan datang......

Sekitar Suasana Kejohanan Merentas Desa 2010


Penyampaian Hadiah Oleh YDP PIBG En Shariful
Johan Disandang oleh Rumah Tun Dr Mahathir (Merah)


Turut memeriahkan suasana Bekas murid SK Bertam Indah
Biasala...baru saja Form 1 masih ingat sekolah rendah lagi




Antara muka-muka baru guru SK Bertam Indah
Masih Anak dara...berusia awal 20an.
Sesiapa berminat masih boleh masuk meminang


Ada juga murid yang cedera.
2 orang guru ni dulunya doktor tapi dah tukar profesion



Guru berbaju kelabu tu....teraju utama s/u sukan katakan.
Manakala yang atas motor dan berdiri (baju merah) tu buat-buat sibuk jer.



Tak sabar nak lari ni....



Hebat......Pelepas orang kuat IPD SPU.

Dikesempatan ini juga Pihak Sekolah ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini samada secara langsung ataupun tak langsung terutama kepada Pihak Polis Kepala Batas, PIBG SK Bertam Indah,Guru-Guru Pengiring dari SK Kepala Batas, SK Ptg Bertam, SK Hashim Awang dan SJKT Palaniandy serta pihak Sunquick dari Mak Mandin dan seterusnya kepada semua Guru SK Bertam Indah.