Thursday, July 16, 2009

Tentatif Kem Sains Angkasa SK Bertam Indah 2009



Salam sejahtera untuk semua..

Program mencerap bintang akan diadakan pada 18 Julai 2009 di Perkarangan SK Bertam Indah dengan kerjasama USM.Program bermula dari pukul 8 pagi hinggalah ke malam. Pada sebelah siang akan diadakan pelbagai program yamg menarik iaitu mencerap matahari, membuat roket air, pertandingan menaikkan roket dll. Manakala pada sebelah malam pula diadakan program mencerap bintang. Di samping itu bersempena dengan Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 maka terdapat pelbagai Gerai Jualan untuk pengunjung menjamu selera sambil menderma.
SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN PROGRAM-PROGRAM YANG DIANJURKAN..
Moderator Blog SK Bertam Indah