Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H

[Maulidur+rasul.jpg]
Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi, mengingati baginda dan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kita umat islam seorang nabi, pemimpin, tokoh dan segala-galanya kepada umat islam.

Tanpa Baginda S.A.W dan pengorbanannya sudah pasti hari ini kita tidak akan mampu mengenal erti Islam, iman dan ihsan. Justeru, sebagai umatnya adalah tidak adil jika kita melupakan insan pembawa dan pejuang Islam yang sejati, Nabi Muhammad S.A.W.
Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah melupakan umatnya hatta tatkala nyawa berada di hujung tanduk, mulut Baginda S.A.W tidak henti-henti menyebut kalimah ‘ummati, ummati, ummati’ yang menunjukkan cinta dan kasihnya Rasulullah S.A.W terhadap kita.

Namun, apakah yang mampu umatnya berikan bagi membalas dan menghargai segala pengorbanan manusia agung tersebut? Adakah kita pada hari ini lebih mengasihi Baginda S.A.W lebih daripada diri dan keluarga sendiri? Adakah kita dapat mengenali Nabi Muhammad S.A.W sedangkan kita langsung tidak mempunyai pengetahuan terhadapnya? Persoalan ini perlu kita renungi dan jawab dengan sejujurnya bagi mengetahui sejauh mana kecintaan kita terhadap Rasulullah S.A.W.


Sumber: Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah | MalaysiaSensasi.Net