Monday, September 23, 2013

APA ITU SARANA IBUBAPA
(Klik untuk maklumat tambahan)

Malaysia berhasrat untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat - membantu murid berjaya.

Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat dinafikan. Kajian menunjukkan apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah mendapat manfaat berikut:
·         Keyakinan guru meningkat
·         Pencapaian murid meningkat
·         Ibu bapa merasa mereka sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah
·         Kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan
·         Hubungan lebih baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa
(Olsen & Fuller, 2008)

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak mereka perlu ditingkatkan. Sekolah merupakan penggerak utama dalam usaha ini. Bagi membantu sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah, Sarana Sekolah disediakan. Terkandung dalam sarana ini 
a)    Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti
b)    Sarana Penglibatan Ibu Bapa dengan Anak
c)    Templat Prospektus Sekolah
d)   Templat Buku Komunikasi

Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti bertujuan memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong Sistem Pembelajaran. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna, akan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru/Lembaga Pengelola Sekolah, alumni serta ahli komuniti setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam mencemerlangkan murid.
  

*Istilah ibu bapa merujuk kepada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya.

Sarana ini disediakan khas untuk kegunaan pihak sekolah dan dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah (Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak-pihak lain yang turut mempunyai kepentingan dengan sekolah.

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk pihak sekolah serta rakan kongsinya. Dapatan dari analisis soal selidik boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana enam elemen yang menyokong pembelajaran dilaksanakan di sekolah. Analisis ini juga memberi ruang untuk pihak sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam menyediakan enam elemen yang menyokong pembelajaran.

 Amalan-amalan terbaik daripada PIBG sekolah dalam dan luar negara disertakan dalam sarana ini untuk memberi gambaran usaha dan penglibatan mereka dalam membantu usaha sekolah mencemerlangkan murid. Mudah-mudahan amalan-amalan tersebut akan dapat menambah cadangan  kepada usaha-usaha yang dapat dilaksanakan sekolah dengan kerjasama PIBG/LPS dan ahli komuniti.

Cadangan-cadangan yang disertakan dalam sarana ini bukanlah merupakan usaha yang baharu maupun  senarai lengkap kerana setiap sekolah mempunyai ibu bapa, komuniti, persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh PIBG dan komuniti untuk terlibat lebih mendalam dengan sekolah amat wajar dialu-alukan.

Peningkatan dalam penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah akan memberi peluang kepada ibu bapa dan komuniti memahami pentadbiran, tanggungjawab dan aktiviti sekolah dengan lebih jelas. Apabila mereka memahami keadaan yang berlaku di sekolah, mereka dapat membantu pihak sekolah dan murid dengan lebih berkesan.

Memanfaatkan Sarana Ibu Bapa

Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara - melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif. Program tersebut berusaha untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi membimbing dan mendidik pelajar. Sarana adalah segala sesuatu yang dijadikan alat atau cara untuk mencapai sesuatu. Sarana sekolah termasuk sistem pembelajaran, pentadbir, guru, dan semua kemudahan yang ada di sekolah.

Namun, kita masih kurang memberi perhatian terhadap sarana ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam pembelajaran dan pendidikan. Pelajar menggunakan masa yang lebih banyak bersama-sama ibu bapa dan masyarakat. Oleh sebab itu, ibu bapa dan masyarakat wajar memainkan peranan mereka untuk mendidik anak dengan lebih berkesan.

Ibu bapa bukan sahaja menyediakan kemudahan belajar di rumah dengan lebih selesa, malah wajar menyediakan emosi dan jiwa untuk belajar kepada anak-anak. Ibu bapa wajar memberi kasih sayang melalui tutur kata bersemangat, tindakan, sentuhan serta bimbingan untuk membentuk disiplin belajar yang baik. Sarana tersebut dapat melahirkan kesediaan anak-anak untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.

Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi sumbangan secara langsung terhadap pembelajaran anak- anak di sekolah. Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa khas dibentuk untuk mengumpul maklumat tentang sarana ibu bapa, dan perancangan serta pelaksanaan aktiviti untuk mencapai matlamat program ini.

Hampir setiap keluarga berlanggan surat khabar. Surat khabar merupakan sumber maklumat dalam masyarakat yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah dan ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak. Hal ini demikian kerana kebanyakan berita dan rencana dalam surat khabar tidak selaras dengan tahap dan keperluan pembelajaran.
Surat khabar yang disediakan untuk bacaan umum memerlukan suntingan dan ubah suai untuk menjadi bahan pembelajaran.

Tugas ini memerlukan kepakaran dan dedikasi guru. Sesetengah surat akhbar, khususnya Utusan Malaysia telah menyediakan bahan khusus untuk pembelajaran pelajar seperti sisipan ADaP - UPSR, PMR dan SPM. Bahan tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar tanpa sokongan guru dan ibu bapa. Hal ini kerana pihak sekolah mungkin tidak dapat menyediakan setiap pelajar dengan surat khabar berkenaan.

Bukan semua ibu bapa memiliki atau membelikan akhbar berkenaan untuk kegunaan anak-anak di rumah.Sekiranya ibu bapa yang melanggan Utusan Malaysia mendermakan naskhah ADaP kepada sekolah, sudah tentu pihak sekolah dapat mengumpulkan bahan tersebut untuk kegunaan pelajar di dalam bilik darjah.Tambahan pula, bukan semua ibu bapa yang melanggan akhbar tersebut mempunyai anak yang memerlukan bahan tersebut.
Oleh itu, aktiviti pengumpulan bahan tersebut akan dapat memanfaatkan sarana yang disediakan oleh akhbar untuk pelajar.

Sumber maklumat melalui papan kenyataan, poster dan sebagainya di sekolah dapat dilihat dan dibaca oleh pelajar setiap masa memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Guru dan pelajar mungkin tidak cukup masa untuk menggantikan bahan-bahan dengan lebih kerap. Ibu bapa dan masyarakat boleh mengambil inisiatif untuk mengemas kini maklumat secara lebih kerap.

Ibu bapa boleh membuat keratan akhbar tentang berita-berita yang sesuai untuk melengkapi papan kenyataan di bilik darjah atau sekolah.Langkah ini jika dapat dilaksanakan akan menceriakan bilik darjah dan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar. Aktiviti tersebut yang melibatkan ibu bapa dan menggunakan surat khabar merupakan langkah untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi kegunaan pelajar di sekolah. Aktiviti ini adalah antara cadangan yang boleh dilakukan dalam program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Ahli jawatankuasa yang dilantik boleh memikirkan aktiviti lain sebagai usaha untuk memupuk semangat belajar yang lebih kental kepada pelajar.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi melaksanakan transformasi pendidikan wajar dihayati oleh semua pihak.
Ibu bapa dan masyarakat wajar mengambil tanggungjawab bersama dengan pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MD ISHAK A. RAHMAN
SMK Ledang, Johor.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130722/pe_01/Memanfaatkan-sarana-ibu-bapa-akhbar#ixzz2flm6xTX1 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)




APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI?
(Klik untuk maklumat tambahan)

OBJEKTIF
MENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK:

Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan)

MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG:

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM:

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut.


CIRI-CIRI SBT
Pemimpin Sekolah:

•   Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan sekolah.

•   SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah.
•   Melibatkan sekolah ke peringkat antarabangsa.
•   Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
•   Sentiasa bersedia.
•   Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

GURU:

•  Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan bilik darjah dan

sekolah
•  SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan bilik darjah  dan sekolah.
•  Membantu melibatkan murid ke peringkat antarabangsa.
•  Membangunkan bakat kepimpinan murid.
•  Sentiasa bersedia.
•  Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembangunan dalam proses P&P

MURID:

• Boleh menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.

• Boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
• Berupaya mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah.
• Boleh bekerjasa dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan.
• Boleh menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan.

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN BERTERUSAN SBT:

•  Peningkatan pelan strategik, pengurusan,program akademik dan kokurikulum sokongan.

•  Peningkatan tahap prestasi( akademik,kokurikulum dan sukan)
•  Peningkatan program jalinan dengan universiti
•  Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa
•  Menjayakan lebih banyaj program yang melibatkan komuniti
• Menjadu penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain  dari dalam dan luar Negara.
• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar
• Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar.
• Peningkatan jumlah murid yang memasuki Universiti dan institusi yang terkemuka.
• Peningkatan jumlah guru cemerlang
• Peningkatan program immersion untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru

PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG:

• Skor komposit yang berasaskan

• Skor GPS(pemberatan 70%)
• Skor verifikasi SKPM(pemberatan 30%)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

• Peningkatan ke taraf dunia.

• SKPM 90%
• Membina aspirasi untuk semua sekolah
• Peluasan sasaran 20 SBT menjelang 2010

KRITERIA ANNEX:



Personaliti Unggul
Rekod pembangunan kejayaan individu dan pemimpin yang berpengaruh dan sekolah baru, memberi aspirasi yang jelas untuk memupuk pemimpin

Anugerah Kebangsaaan dan Antarabangsa
Penyertaan dan pencapaian dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Jalinan Dengan Institut Pengajian Tinggi

Jalinan dengan universiti dalam program pemindahan kredit,kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.

Jaringan Kukuh

Jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan luar Negara(cth. Program pertukaran staf dan pelajar), komuniti, organisasi awam dan swasta.

Penandaarasan Kebangsaan dan Antarabangsa

Sekolah digunakan sebagai penandaarasan di peringkat kebangsaan dengan menggunakan piawaian antarabangsa(cth. PISA,TIMSS)