Wednesday, September 19, 2012

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN MURID


Di dalam sekolah dan di dalam setiap bilik darjah, masalah disiplin memang berlaku, tidak kira apa jenis kepimpinan guru atau apa jenis disiplin yang wujud, termasuk disiplin arahan diri. Ini adalah kerana murid-murid terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza-beza.

Perkembangan masyarakat dengan pelbagai pengaruh yang kurang sihat di alam sekitar, masalah-masalah disiplin sekolah masa kini telah bertambah rumit dan kompleks. Masalah-masalah disiplin sekolah yang timbul pada masa kini boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu;
1. Jenayah
2. Kelakuan negatif
3. Membolos
4. Menipu

TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF
Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincang adalah;
1. Tingkah laku Yang Menghalang:-
Ia merupakan tingkah laku yang bergantung. Tingkah laku ini menjuruskan kepada diri sendiri. Ianya amat berbahaya kepada diri umpamanya kebimbangan, pergantungan berlebihan, penguduran diri dan pengasingan diri.

2. Tingakh laku yang Mengganggu:-
Ia adalah tingkah laku disruptif. Tingkah laku ini boleh membahayakan orang lain umpamanya hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif secara lisan atau fizikal.

3. Tingkah laku Anti Sosial:-
Merupakan tingkah laku distruktif. Tingkah laku ini boleh membahayakan diri sendiri, sekolah dan juga masyarakat. Antara yang termasuk dalam tingkah laku ini ialah, permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik dan geng.

Dalam masalah disiplin di sekolah, terdapat sepuluh salah laku yang berkekerapan tinggi dan berlaku di peringkat sekolah;
1. Ponteng sekolah
2. Mencuri
3. Mengancam murid sesekolah
4. Berkasar dengan murid sesekolah
5. Berbahasa kesat
6. Datang sekolah tetapi masuk kelas lewat
7. Membuat bisng dan mengganggu pelajaran
8. Merosakkan harta benda sekolah
9. Ponteng aktiviti kokurikulum
10. Ponteng kelas

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN
Di peringkat sekolah, punca-punca utama salah laku yang dikenal pasti, kebanyakannya disebabkan oleh pelajar sendiri. Sebilangan kecilnya berlaku kerana masalah keluarga, pengaruh persekitaran dan kecuaian sekolah.

Secara kasar, ia boleh dirumuskan bahawa punca-puncanya disebabkan daripada empat golongan iaitu;
1. Murid atau pelajar
2. Keluarga
3. Persekitaran
4. Sekolah

Sehubungan itu, punca-punca masalah disiplin yang berlaku di sekolah pada masa kini adalah dihuraikan seperti berikut;
1. Penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai
2. Keadaan fizikal bilik darjah kurang selesa
3. Hubungan guru dengan murid kurang baik dan kurang mesra
4. Sahsiah guru yang kurang menyakinkan
5. Kesihatan murid yang kurang baik
6. Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi
7. Pengaruh negatif dari keluarga, rakan sebaya dan alam sekitar
8. Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah

Membanteras masalah disiplin sekolah telah menjadi salah satu tanggungjawab yang berat. Untuk mencegah atau mengurangkan masalah disiplin, sekolah harus membentuk Jawatankuasa Disiplin Sekolah dengan tujuan untuk mengenal pasti jenis masalah disiplin, mencari puncanya dan mengambil tindakan yang wajar supaya masalah disiplin itu tidak akan berulang lagi di kalangan murid di sekolah.

1 comment: