Monday, July 27, 2009

Kuiz Kesihatan Peringkat Kebangsaan

Baru-baru ini seramai 4 orang murid SK Bertam Indah telah terpilih mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan kuiz kesihatan yang berlangsung di Sabah. Pasukan yang telah menjadi johan negeri Pulau Pinang ini telah memberi tentangan
yang sengit kepada pasukan-pasukan dari negeri lain. Namun begitu nasib tidak menyebelahi Pasukan SK Bertam indah ini dan mereka hanya mampu mendapat tempat ke 11 sahaja.Walau bagaimana pun diucapkan tahniah kerana telah menjadi Johan negeri Pulau Pinang selama 2 tahun berturut-turut. Ini adalah satu pencapaian yng boleh dibanggakan.


1 comment: